fbpx
blog najib asaddok

5 Tips Bebaskan minda dan mentaliti untuk maju dalam Bisnes

Nak Maju dalam bisnes? Mindset dan mentaliti yang betul sangat penting lebih-lebih lagi dalam diri usahawan. Nak tahu kenapa?


Setiap orang pasti mempunyai impian yang ingin dicapai dalam bisnes. Tapi tak semua mampu bertahan
lama dalam bisnes disebabkan mindset yang negatif dan sikap ragu-ragu. Kenapa boleh macam tu?


Sikap tak yakin dan terpengaruh dengan orang sekeliling ni boleh jadi virus yang membunuh impian
seseorang. Sampai bila nak kisah dengan apa yang orang cakap? Kalau kita ada mindset yang macam ni
macam mana nak maju dalam bisnes?


Pernah dengar tak orang cakap, “saya takut la nak cuba sebab orang cakap saya tak boleh”, “boleh ke
saya berjaya macam dia”? Ni semua tanda-tanda yang anda dah tanam dalam mindset sehingga takut
nak mencuba.


Nak tahu tak tips untuk bebaskan minda dan mentaliti supaya kita dapat improve diri ke arah yang ‘luar
biasa’?

Jangan takut untuk berubah

Ramai orang yang takut nak berubah sebab tak yakin yang dia boleh buat. Kalau kita tak mencuba
macam mana kita nak tahu.


Semua orang pernah buat silap, semua orang pernah gagal. Tapi usaha untuk bangkit dari kegagalan tu
adalah satu perkara yang patut dibanggakan.


Kita takkan buat kesilapan yang sama sebab dah tahu apa benda yang tak patut kita buat.

Stop overthinking dan takut dikritik

Belum buat apa-apa lagi tapi dah takut kena kecam. Cuba tengok orang yang dah berjaya tu, berapa
ramai haters yang dia ada? Ada ke dia kisah dan peduli?


Kecaman dan kritikan ni tak datangkan kerugian pon. Anggap semua kritikan tu sebagai pembakar
semangat untuk berjaya. Boleh ke boleh?

Jangan mudah mengalah

Nak jadi usahawan ni bukan setakat ada bisnes dan boleh menjual je. Setiap bisnes pasti akan ada
cabaran yang tersendiri. Cuma mampu bertahan dengan tak je.


Ada yang pernah lalui macam-macam struggle sebelum capai kejayaan sebenar. Yang penting trust the
process.


Buat bisnes ni bukan macam buat magic. Buat sekali terus jadi. Tak, tak… kena lalui cabaran dulu baru
boleh genggam apa yang kita nak.

Sibuk nak puaskan hati semua orang

Haaa, ni memang selalu berlaku dalam diri usahawan. Mudah terpengaruh dan terlalu takut dengan apa
yang orang cakap. Ingat ! yang tentukan kejayaan tu kita dan usaha yang kita buat bukan orang lain.


Buat jerr dan tunjukkan result yang kitab oleh buat. Jangan pedulikan orang cakap sehingga mampu
buat kita rasa putus asa untuk bertindak dan mencuba.

Rasa diri dah bagus

Bila dah belajar sekali tak semestinya kita dah tahu banyak benda. Sebab tu untuk jadi usahawan yang
peka kita perlu sentiasa upgrade ilmu. Banyak benda yang kita taktahu kita taktahu.


Kadang-kadang kita rasa macam dah buat benda betul tapi bila kita pergi belajar baru tahu yang benda
kita buat tu sebenarnya salah.


Nampak kan dah merugikan masa. Elakkan untuk buat kesilapan yang sama.

Kalau kita dapat ubah mindset ke arah yang lebih baik bukan setakat bisnes kita ni berubah, sales pon
akan meningkat.

Anda dapat sesuatu? Nak ke nak saya bantu untuk upgrade ilmu lagi?


Pastikan anda ready untuk belajar dalam kelas Roket Pemasaran Momentum Edisi Khas Merdeka pada
29 dan 30 Ogos. Daftar di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !