fbpx
blog najib asaddok

5 SANGKAAN YANG MEMBUNUH BISNES DAN BUAT OWNER BENGANG (PART 5)

Ramai usahawan terperangkap dengan cara fikir atau pemikiran yang salah bila mula jinakkan diri dalam bisnes.


Tak kira samada online ataupun offline, banyak sangkaan yang ada dalam fikiran mereka itu kebanyakkan jauh sekali dari realiti yang berlaku sekarang.
Apa sangkaan-sangkaan yang boleh membunuh bisnes?


Jom baca lanjut supaya anda dapat faham apa yang selama ni anda tersalah sangka dan cepat-cepat ubah mentaliti yang salah.


Salah peringkat awal, penghujung akan jauh tersasar. Kalau anda mula perbaiki peringkat awal bisnes, anda akan semakin menghampiri sasaran anda.

Ramai orang sangka bila nak cari team untuk besarkan bisnes, perlu cari orang yang memang dah pandai buat ads, pandai buat marketing, senang citer pakar dalam bidang yang kita nak tempatkan dia.

Itu pandangan yang sama sekali salah. Nak hire team baru tak semestinya perlu ada kepakaran. Berapa banyak gaji kita nak beri kalau orang tu pakar? 

Jadi, apa yang penting kita nak cari orang yang ada attitude yang bagus, akhlak yang baik, sanggup belajar dari ‘zero’, mudah dengar kata.

Orang yang bermula dari bawah lebih mudah dibentuk, lebih mudah nak meresap ilmu yang kita beri, mudah mendengar kata sebab orang sebegini dia willing nak improve diri sendiri.

Team Momentum pun semuanya bermula dari ‘zero’..

Bila baru nak mulakan bisnes, tak semestinya mesti ada ejen atau dropshipper kita sendiri.

Apa yang penting, kita mesti mahirkan diri dengan marketing, dengan sales, dengan pengurusan stok, mahir dalam urus kewangan bisnes kita.

Bila kita dah tahu semua proses yang ada dalam bisnes kita, barulah kita boleh cari ejen dan ajarkan apa yang kita mahir kepada mereka.

Kalau kita sendiri tak pandai nak jual, jangan harap ejen atau dropshipper kita mahir nak menjual. Mulakan dengan diri sendiri dahulu.

Google sahaja perkataan ‘cara online marketing’ dan anda akan lihat ada berjuta pilihan untuk anda belajar.

Tapi satu soalan nak tanya, “Mana satu yang betul-betul berikan result?”

Kalau belajar strategi marketing semudah google, dah tentu ramai usahawan Malaysia adalah jutawan yang bayar cukai yang sangat tinggi kepada Malaysia.

itu pentingnya ada guru yang ada proven success.. Belajarlah.. 

Benda boleh berguru buat apa nak malu?

Ramai orang tersilap sangat fokus pada produk hingga sangkakan ramai orang akan tertarik.

Ramai usahawan selalu promote kelebihan produk / servis tapi itu bukan cara yang berkesan. 

Emosi lebih menjual berbanding fakta yang ada pada produk / servis anda. 

Manusia membeli kerana emosi, bukannya fakta. Fakta memberitahu, tapi emosi yang menggerakkan manusia untuk dapatkan produk anda.

Produk takde kaki nak bergerak mencari tuan baru.. Kena faham perkara ni.

Satu lagi perkara paling buatkan ramai usahawan melingkup, bila dia terlalu fokus produk / servis dia boleh selesaikan 1001 masalah.

Produk / servis yang fokus selesaikan lebih dari satu masalah akan kurang mendapat perhatian.

Tengok jer contoh minyak angin cap kapak fokus untuk pening kepala jer. Minyak Yuyi cap limau hanya fokus untuk bayi yang ada masalah kembung perut jer.

Semua ni mampu jana sales jutaan setahun. 

Jangan berangan kalau produk / servis anda yang selesaikan all in one boleh buat juta-juta.

Anda kena fokus, cari satu yang selalu mendapat perhatian.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !