fbpx
blog najib asaddok

5 Salah Faham Terbesar Facebook Marketing Yang Menjatuhkan Bisnes

“Eh, kenapa ada salah faham dengan Facebook Marketing ni? Bukan ke Facebook ni paling senang kita nak onlinekan bisnes kita?”.

Salah faham ni sangat meluas dikalangan usahawan yang mula nak jinakkan diri dalam dunia digital / online marketing. Ramai usahawan sangka nak onlinekan bisnes ini semudah buat profile kemudian terus menjual. Tapi sebenarnya prosesnya tak berlaku macam tu.

Jadi, adakah anda semua berminat nak tahu 5 Salah Faham Terhadap Facebook Marketing Yang Menjatuhkan Bisnes?Anda wajib faham satu persatu supaya anda tak lagi buat silap lepas ni.Benda ni sangat penting hinggakan kalau anda abaikan, ia akan effect bisnes anda di masa akan datang. Serius, ianya sangat penting.

1. Tak semua perkara perlu guna FB Ads kalau anda tak faham gambaran besar Facebook Marketing.

Sebab tu rancangan LIVE #TalktoNajib menceritakan tentang keseluruhan Facebook. Rancangan ini spesifik hanya untuk Facebook Marketing Mastery. Ada beberapa siri yang anda boleh follow untuk anda faham dengan jelas.

2. Kesilapan paling besar ramai orang bila dia gunakan profile sebagai platform berniaga dalam Facebook.

Facebook tak benarkan mana-mana entiti, organisasi atau individu yang menjalankan bisnes guna profile. Sebaliknya Facebook dah sediakan Facebook Page sebagai tempat khas untuk anda menjalankan aktiviti perniagaan. Banyak kemudahan dan banyak kelebihan sekiranya anda gunakan Facebook Page untuk bisnes. Banyak alat yang bantu anda kuatkan lagi marketing secara percuma dan juga berbayar.

3. Usahawan yang selalu buat posting untuk promote barang / produk / servis tidak mendapat ruang dalam News Feed Facebook.Algorithme Facebook yang akan menghalang posting menjual lalu depan pengguna Facebook kerana mereka ingin jaga kualiti content yang pengguna mereka baca. Selagi anda kurang sharing dan banyak menjual, selagi itu bisnes anda tidak boleh survive dalam Facebook.

4. Salah satu perkara yang silap bila usahawan buat bila dia anggap orang suka bisnes atau produk dia.

Dalam Facebook, indikator untuk menilai orang suka atau tak suka adalah pada engagement yang ada. Engagement, maksudnya Like, Share ataupun Komen. Satu lagi faktor yang anda kena ambil kira adalah berapa ramai followers yang anda berjaya tarik kepada bisnes anda. Sebab tu bisnes tak boleh syok sendiri. Mesti ada followers, mesti ada engagement.

5. Mengharapkan pulangan besar untuk kos marketing yang banyak.

Bisnes bukan semudah sifir matematik, 1 x 2 = 2. Tak, ianya tak begitu. Ada banyak faktor kena ambil kira. Dari segi kempen marketing, copywriting, image gambar, content, teknik closing, pakej yang anda tawarkan, sistem yang anda guna dan banyak lagi. Semua ini ada faktor pembolehubah conversion rate anda. Selagi anda tak dapatkan hasil yang konsisten, anda perlu berhati-hati menguruskan kos marketing anda.

Dapatkan tips dan strategi terbaru marketing hanya di blog Najib Asaddok!

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !