Korang sebagai usahawan mesti jumpa pelbagai ragam pelanggan. Nak macam tulah, nak macam inilah.
Kadang pening nak layan satu-satu kan..
Korang kena banyak bersabar tau bila berdepan dengan pelanggan ni. Hehe..Sabarkan separuh daripada Iman.
Memang pelanggan ni macam tu, kita pun kalau jadi pelanggan cerewet juga kan??
Tipulah kalau korang nak beli produk/servis terus sebat jer mana-mana tak selidik dulu..
Haa, jom kita kenal ragam pelanggan kita..Baca sampai habis tau..

- Kaki Survey
Ada pelanggan yang datang kedai korang sebenarnya niat dia nak tengok-tengok jer dulu.
Korang jangan aspek semua pelanggan yang datang, yang chat korang tu nak beli produk/servis korang..
Yang penting korang janganlah marah kalau dia nak survey dulu. Itu hak dia.

2. Suka Membandingkan
Pelanggan ni memang suka buat perbandingan dulu sebelum buat keputusan.
Dia mesti bandingkan bisnes korang dengan pesaing korang..
Sebab tulah usahawan perlu berikan produk/servis yang ada kualiti terbaik. Tapi ingat, korang jangan sesekali burukkan pesaing korang. Itu perkara yang sangat tak bagus dan bila buat macam tu korang nampak langsung tak profesional.

3. Nak Harga Murah
Pelanggan memang nak yang bagus yang terbaik.
Tapi tulah kadang ada pelanggan nak harga murah. Dia demand harga yang tak masuk akal pula tu..
Sebab tu korang perlu belajar nak guna ayat yang macam mana. Copywriting tu kena powerful, bermain dengan emosi dia. Itu lebih mudah untuk pelanggan buat keputusan tanpa fikir tentang harga..

4. Tak Tengok Harga
Haaa ni selalunya ada pada lelaki, asal boleh jer.
Contoh la kalau isteri suruh suami beli barang dapur..dia akan cari 1 kedai yang ada semua benda yang dikirim.
Cuba tengok kalau wanita cari 1 barang sampai 10 kedai dia pergi. Last-last dia pergi balik kedai yang first dia pergi beli barang tu.
Haaa, fitrah dia memang macam tu wanita ni complicated. Harap korang bertenang 🤭

5. Barang Branded/Limited
Haaa pelanggan ni lebih suka produk/servis yang famous dan limited jer.
Sebab tu pentingnya branding. Nama dan logo..Kalau boleh bila orang tengok dia dah boleh capture dalam kepala otak dia.
Kalau rumit sangat, susah nak buat pelanggan tu kenal dan ingat bisnes anda.
Boleh ke boleh? Korang dah faham?? Haaa, banyak lagi sebenarnya ragam pelanggan ni..
Jom belajar lagi, saya secara Percuma jer dalam Kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA) pada setiap hari SABTU.
Daftar kelas di www.naktarikpelanggan.com