fbpx
blog najib asaddok

5 Punca Sales Sendu.. Jom Dapatkan Nafas Baru Hari Ini

5 Punca Sales Sendu

Selamat berhujung minggu semua, saya seperti biasa ada bersama-sama dengan korang untuk memberikan sumbangan idea, tenaga, strategi dan saya juga nak bangkitkan semangat korang semua untuk mulakan awal pagi dengan cemerlang dan baik insyaAllah. 

Saya nak tanya berapa dekat sini yang ada isu nak dapatkan sales yang bagus, struggle nak buat jualan masa lockdown dan PKP ni.. Berapa ramai dekat sini yang dah pening tak tahu nak buat apa benda, posting dekat Facebook dia .

Dan.. berapa ramai dekat sini tak kenal siapa customer dia dan dia main belasah semua orang jadi pelanggan dia. Haaaa, baik mengaku sekarang. 

Berapa ramai lagi dekat sini sebenarnya tahu dan sedar dia sebenarnya tak tahu tentang marketing. Dia macam baru tahu “aah la aku sebenarnya tak tahu marketing..”

Orang macam ni banyak saya nampak dia tak tahu tapi acah-acah tahu. Sombong, ego dan tak sedar diri. Saya dulu pun macam tu. Kita sebenarnya tak tahu tanpa ilmu kita sebenarnya sesat.

Saya faham satu benda ni, apa yang kita lakukan tanpa kita tahu tapi main belasah sahaja contohnya ramai sangat orang silap bila buat Facebook Ads je, tak ada butang lain dia nak tekan selain butang boost post.

Ini yang saya nak tunjukkan pada ramai orang dan ramai orang yang ego, sombong tak nak belajar dan tak nak ambil tahu pun, “oh rupanya benda ni silap”

Apa yang saya belajar ialah benda yang kita tak tahu dan main belasah je ialah satu perjudian dan sudah tentu perjudian ni diharamkan dan satu ketika ada satu ketika bila saya buat marketing tak jadi, saya hentam dan belasah je, saya ibarat macam memperjudikan nasib.

Setiap kali saya memperjudikan nasib saya dalam marketing, apa yang saya buat tak akan jadi. Baru saya faham sebab tak ada keberkatan bila kita bersikap acah-acah pandai. 

Sebab tu hari ni saya nak bagitahu korang apakah kesilapan atau apakah punca sales sendu sedangkan saya tahu kebanyakan korang di sini adalah orang yang nak make sure sales berada dalam keadaan yang tinggi. Betul ke betul?

Saya tahu korang buat bisnes untuk pastikan sales bagus, ini lah matlamat kita yang berbisnes tapi ramai orang tak sedar dia ada isu dekat sini.. Sebab tu korang kena dengar sampai habis video sarapan minda momentum ni. Jom tonton sekarang…. 

Korang nak ke nak saya bantu? Masih ada harapan untuk korang naikkan sales walaupun kita sekarang berada dalam lockdown dan PKP. Jom buat tindakan sekarang dengan dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA di www.NakTarikPelanggan.com/copywriting

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !