fbpx
blog najib asaddok

5 Kesilapan Dalam FB Page Sehingga Sales Sendu

5 Kesilapan Dalam FB Page Sehingga Sales Sendu

Sekarang ni kita tengok bila berlakunya PKP. Ramai usahawan dan peniaga dekat luar sana start onlinekan bisnes mereka. Iyalah tak akan nak terus tutup jer bisnes yang selama ni mereka bina. 

Ada juga yang memang sumber pendapatannya melalui bisnes yang mereka buat. Kalau tak berniaga tak adalah duit untuk makan. 

Tapi mereka ni kebanyakkannya tahu buka jer bisnes online tapi tak tahu nak uruskan. Dia rasa bila dah buat post dekat FB Page kira dah okay la tu. 

Haa, itulah masalah yang banyak berlaku sekarang. Sebab tu saya nak bagitahu korang hari ni 5 kesilapan dalam FB Page yang menyebabkan sales korang sendu supaya saya tak nak korang buat terus buat silap..

Korang nak tahu ke nak tahu?? Teruskan baca sampai habis..

5 Kesilapan Dalam FB Page

Banyak gambar produk

Bila korang asyik-asyik post gambar produk orang akan boring yelah, kalau 10 produk korang jual. Sepuluh-sepuluh nak tunjuk dalam page korang? Memang korang tak pandang ler posting korang tu.

Sepatutnya kena share value atau testimosi untuk buatkan orang percaya dengan bisnes korang tu. Faham ni? 

Jangan serabutkan posting anda dengan gambar produk tau.

5 Kesilapan Dalam FB Page

Copywriting berterabur

Penulisan korang perlu bersahaja. Jangan guna ayat formal, buat ayat guna gaya bahasa bercakap dengan orang. Ada ke korang cakap “Adakah anda mengalami masalah lemak berlebihan?” Ni contoh..korang ada cakap ke macam tu??

Sebab tu copywriting ni penting. Lagi satu korang jangan lupa buat engage dengan orang supaya posting yang kotang buat tu orang akan reply.

5 Kesilapan Dalam FB Page

Cara fikir sama

Kalau orang tak upgrade ilmu, pemikiran korang takat tu jer tak berkembang macam mana nak buat things yang baru? Jangan sampaikan korang stuck tak tahu nak buat apa. 

Sekarang kena fikir luar kotak, macam budak sekolah sekarang dorang pun ada KBAT (Kemahiran berfikir aras tinggi) 

Inikan pula budak sekolah rendah pun dah belajar, inikan kita yang dah berumur ni. Kena fikir jauh untuk capai benda yang besar. 

Tak ada tarikan

Cuba korang baca balik posting yang korang dah post tu. Menarik? Kalau korang baca pun dah boring, inikan pula nak bagi orang lain baca.

Cuba letakkan diri korang tu sebagai pelanggan. Agak-agak korang nak beli produk korang dengan copywriting tak best, poster pun macam pelangi semua warna ada. 

Mana tarikan yang korang bawakan untuk menarik perhatian pelanggan? Jangan buat asal boleh tapi kualiti kelaut.

Tak fokus pada masalah pelanggan

Sebenarnya kita kena tahu apa yang pelanggan nak. Saya nak tanya ni, bisnes yang korang buat ni dapat selesaikan masalah apa?

Korang kena fokus pada masalah pelanggan supaya korang dapat bantu dia. Kena faham apa pelanggan nakkan daripada korang. 

Buat bisnes ni bukan syok sendiri. Kita kena tahu betul-betul apa masalah pelanggan kita dan apa benda yang kita boleh bantu dia. 

Haa, korang dapat sesuatu tak ni??

Korang rasa apa yang korang buat dah betul? Semua benda korang dah ikut. Tapi sama juga?? 

Cuba check balik macam mana korang setup FB Page korang. Adakah korang ikut step yang betul?

Kalau korang nak kami bantu, especially Tuan Najib sendiri yang nak bantu korang dalam kelas Roket Pemasaran Momentum Tarik 10X Lebih Ramai Pelanggan pada 6 dan 7 Februari 2021.

Kelas 2 hari beb!! Rugi korang tak join sebab kita ada kelas persediaan sebelum RPM berlangsung. 

so, jom grab peluang ni. Daftar kelas Roket Pemasaran Momentum . Daftar di www.NakTarikPelanggan.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !