fbpx

4 Teknik Ni Pasti Mencairkan Hati Pelanggan Anda! Serius!

Copywriting SANGAT PENTING bila anda onlinekan bisnes anda. Ia akan membuatkan prospek anda terus membeli dari anda atau lari dari anda.

Bagaimana nak buat copywriting yang mudah dan senang?

 

15391427_1301016166597195_5385660416880173473_o

 

UNTUK MENJUAL JANGAN MENJUAL

Ramai usahawan setiap harinya adalah menjual, promote, jual, promote dan jual. Zaman sekarang, siapa yang kuat menjual akan ketinggalan dan sales mereka akan jatuh mendadak. Orang ramai mula bosan apabila hari-hari mereka asyik dengar salesman menjual.

Jadi apa yang anda sebagai seorang usahawan perlu buat jika tidak menjual?

Anda sepatutnya fokus pada USP (Unique Selling Proposition) produk anda. Ceritakan apa manfaat produk anda dan ceritakan bahaya @ kesan sekiranya mereka tidak selesaikan masalah mereka. Kongsikan juga testimoni pelanggan sebelum ini. Ini lebih mudah menarik orang berbanding menjual terus.

 

 

 

15325332_1301016109930534_7305317331323856175_o

 

SHARING INFO & KNOWLEDGE

Apabila kita mulakan bisnes, perkara yang SANGAT PENTING adalah survival bisnes kita untuk jangka masa panjang.

Bagaimana nak jadikan bisnes kita kekal lama?

Anda WAJIB berkongsi info-info berkaitan kepakaran anda atau masalah berkaitan servis / produk anda. Sekiranya anda ada bisnes servis kereta, kongsikan tips atau kaedah penyelenggaraan kereta, bila waktu sesuai servis kereta, kaedah penjagaan enjin, tips jimat petrol dan macam-macam lagi. Pastikan info yang anda kongsikan itu berkaitan dengan niche bisnes anda. Jangan melencong jauh sampai tips poligami pun anda nak kongsi.

Semakin banyak anda share berkaitan niche bisnes anda, orang akan menganggap anda adalah orang yang pakar dalam bidang tersebut. Dari situ orang akan mula percaya dan dengar, dan seterusnya orang akan mencari anda untuk selesaikan masalah mereka. Gaya perkongsian info dan knowledge menyebabkan anda terpaksa tahan lama dalam industri bisnes anda.

 

 

15326312_1301016099930535_437819022726442201_o

BAHASA MUDAH & SENANG

Pernahkah anda dengar perbualan seorang pensyarah dengan isterinya di rumah guna gaya bahasa aras tinggi? Sekiranya ada pun pastinya kisah dongeng. Ataupun cuba anda bayangkan Upin & Ipin @ Boboiboy bercakap guna bahasa skema, budak pun akan rasa bosan beb!

Buat copywriting bukan seperti mendengar skrip cerita SEMBILU 1 @ SEMBILU 2. Juga bukan menggunakan tatabahasa yang bombastik @ fantastik bagai. Anda tulis begini dalam copywriting, orang TIDAK AKAN BACA LANGSUNG!

Copywriting yang bagus adalah seperti perbualan kita seharian. Asasnya adalah sampaikan mesej dengan mudah dan senang.

 

 

15288673_1301016083263870_412428054117081041_o

 

BAHASA AUDIENCE

Kita kena faham, zaman sekarang adalah zaman yang penuh dengan trending. Trending sekarang adalah online bisnes. Jika anda masih buat secara offline, anda pasti ketinggalan.

Begitu juga dengan audience kita. Setiap audience ada trending masing-masing. Dalam copywriting, perubahan lebih jelas ketara. Penggunaan ayat seperti ‘Sis’, ‘Bro’ @ ‘Mommies’ sangat mempengaruhi audience kita.

Bagi yang ada bisnes fashion @ kecantikan, penggunaan ayat “Hai Sis”, “Gojes Mommies” lebih kena dengan jiwa pelanggan. Bagi bisnes berkaitan barangan lelaki seperti pomade, panggilan “Bro” paling sesuai.

Apapun niche bisnes anda, pastikan bahasa bcopywriting anda kena dengan audience anda.

 
Dah baca? Sila LIKE, KOMEN & SHARE pada rakan-rakan anda supaya mereka juga dapan manfaat ini.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !