fbpx
blog najib asaddok

3 Tips Copywriting Naikkan Sales

copywriting atas kertas

Copywriting yang power boleh menjadi salah satu penyebab bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada tertarik dengan produk kita.

Pelanggan akan tertarik untuk membaca apa yang kita tulis dan seterusnya meneruskan pembacaan mereka.

Kalau nak bina ayat anda membosankan dan tak menarik, sales pon tak boleh nak buat. Sebab apa, sebab dari posting je diorang dah tak nak, apa lagi nak “PM” untuk membeli.

Ayat yang ditulis hendaklah direct dan mampu buat pelanggan faham hanya sekali baca sahaja. Jadi, apa tips copywriting yang boleh naikkan sales tu?

Eh jap jap jap, jangan tergesa-gesa. Ni nak bagitahu ni, sebelum buat ayat “power” tu make sure kenal dulu ya siapa pelanggan dalam sesuatu produk atau bisnes yang anda jalankan tu. Kalau tak kenal siapa “pelanggan”, memang sukar untuk nak dapatkan. Jadi kalau nak bina copywriting yang power kena tahu pelanggan dulu.

Alright, now you ready to go.. Jom kita baca apa jenis point-point yang anda perlu master supaya boleh bina ayat yang menarik.

BAHASA YANG RINGKAS DAN MUDAH FAHAM

copywriting yang mudah dan faham

Jangan buat pelanggan terpinga-pinga dengan bahasa kita. Setiap orang gunakan bahasa yang sama, takda gunakan bahasa yang susah-susah.

Kita cakap macam seolah-olah kita berbual dalam whatsaap atau secara depan-depan. Hal ni untuk nak mudahkan orang tahu tentang produk kita, tentang servis yang kita lakukan. Orang sekarang lebih suka baca benda yang direct, yang mudah daripada baca bahasa yang mereka sendiri pon tak faham.

Ni faham ker faham ni? Copywriting ni sama jer macam anda bercakap dengan rakan, cuma bentuk dia dalam penulisan. Ouh lagi satu, tak terlupa juga kalau nak tulis copywriting tu jangan terlalu short form tau.

Dah macam budak wechat dah. Gurau-gurau.

BANTU MASALAH PELANGGAN

copywriting yang bantu masalah pelanggan

Selalu ke buat ayat yang terus nak menjual? Pelanggan tak suka orang datang dan terus menjual. ” Jangan menjual secara tiba-tiba !” Kita kena tahu macam mana nak selesaikan masalah pelanggan. Pertama sekali, tanya dulu apa masalah yang dihadapi. Kenal pasti masalah yang mengganggu emosi dia. Lebih banyak tekankan perkataan “bantu” tu.

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN PRODUK SENDIRI

copywriting bukan cerita tentang produk

Jangan sesekali overclaim produk kita. Contoh, ” jika puan makan pil ni, esok puan dah boleh kurus”. Jangan sesekali cuba ! Pelanggan ni dia sebenarnya nak kita bantu untuk selesaikan masalah dia. Buat dia rasa selesa dan yakin. “Ohh kalau aku tak beli mesti aku kurang yakin nak jumpa orang”. Sentuh emosi dia. Dia akan rasa kita cuba nak tolong dia.

Nampak macam benda yang kecil kan? Tapi copywriting ni la yang boleh membantu usahawan untuk gandakan sales mereka.

Anda dapat sesuatu??

Best ker best bila ada ilmu, ada knowledge dalam bisnes. Anda akan buat tindakan dengan mudah & tenang. Tak ada perasaan ragu-ragu.

Apa kata kalau anda join RPM untuk tahu lebih dalam lagi dari segi copywriting ni. Nakkan sesuatu perlu buat tindakan 1000x ganda.

Tapi kalau tindakan kecil pun takut untuk buat, bisnes tu susah nak grow. Amacam, nak ke nak kalau anda dibantu di dalam program bimbingan selama 30 hari dan RPM Nak Tarik Pelanggan Edisi Khas Copywriting Ayat Power?

Kalau anda betul-betul komited, segera klik pada link –> www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !