fbpx
blog najib asaddok

11 Perkara Advance Roket Bisnes, Buatkan Bisnes Anda Terpaksa Meroket

Pernah tahu apa tu Kelas Advance Roket Bisnes?

Ok, Kelas Advance Roket Bisnes (ARB) ni adalah satu program lanjutan Seminar Roket Bisnes untuk bantu usahawan dengan lebih mendalam dan lebih fokus.

Kelas ARB ni diwujudkan sebab dunia online marketing berubah disebabkan beberapa faktor. Antara faktornya adalah perkembangan teknologi, halatuju atau trending online marketing berubah cara dan sebab paling utama adalah salah faham usahawan di luar sana tentang fundamental marketing.

Benda-benda macam ni yang sebabkan ramai usahawan terasa online marketing tak berkesan, kos marketing makin mahal dan susah nak buat sales.

Sebenarnya yang bermasalah bukanlah alat atau faktor luaran, tapi sebenarnya bisnes dia sendiri tak berubah ikut perubahan zaman.

Tahun 2018, tahun yang sangat kritikal dalam dunia online atau digital. Content Marketing yang wujud semenjak tahun 1700 kembali menjadi perhatian pada masa kini.

Orang tak nampak benda ni. Yang dikisahkan hanyalah Facebook Ads, Facebook Ads dan Facebook Ads. Ramai tak jelas antara fundamental dan perkara ranting, tak dapat beza objektif atau tujuan marketing dengan alat dalam marketing.

Bila tak faham, tu yang bisnes tak menjadi. Dulu jenama dia strong tapi tenggelam sebab tak faham dan tak berubah cara.

Jadi Kelas ARB ni sangat-sangat membantu usahawan untuk faham dengan jelas, sangat clear dengan gambaran sebenar marketing dalam online ataupun digital.

Ditambah pula dengan perkara teknikal, latihan dan sesi praktikal untuk kuatkan lagi kefahaman peserta. So apa lagi yang peserta akan dapat dalam Kelas ARB sepanjang 3 hari 2 malam?

So, kat sini ada 11 PERKARA YANG ANDA AKAN DAPAT DALAM KELAS ADVANCE ROKET BISNES, YANG BOLEH BUATKAN BISNES ANDA TERPAKSA MEROKET..

 

 

Apa yang korang akan belajar adalah macamana nak bina ayat copywriting yang memukau. Ayat copywriting penting sebab boleh tarik perhatian supaya percaya dan beli dari kita.

Nak bina copywriting pun mesti ada step-step dia. Ada struktur yang anda kena jelas. Barulah copywriting anda cantik dan memikat.

 

 

Manusia ada emosi untuk mudah terpengaruh. Emosi ini yang akan menjentik manusia untuk jadikan dia cair.

Macamana anda nak hasilkan copywriting yang beremosi supaya dia tersangkut dan tak sabar nak beli?

Jawapannya adalah dengan emosi. Ada 8 jenis emosi yang anda kena tahu untuk pengaruh manusia.

 

 

Asas marketing adalah tarik dan pengaruh orang.

Nak pengaruh orang mesti ada skill, ada teknik dan strategi. Tak boleh sebarang hentam dalam marketing.

Kat sini anda akan faham tentang strategi marketing yang betul-betul berkesan untuk pengaruh pelanggan untuk beli dari anda.

 

 

Nak bina trust selain copywriting?

Branding jawapannya. Anda akan didedahkan kenapa branding menjadi elemen utama untuk bina kepercayaan.

Macamana nak hasilkan logo, pemilihan nama untuk jenama, semuanya akan beri impak. 

Brand yang cantik, nice atau sebagainya, akan tonjolkan value anda.

 

 

Macamana anda nak bina raving fans di sekeliling bisnes anda? Kenapa raving fans ni penting?

Korang kena faham benda ni sebab bila anda semua faham, barulah anda sedar kenapa Like Marketing tu sangat penting.

Anda akan belajar teknikal untuk bina followers yang berkualiti secara detail supaya bisnes anda sentiasa jana sales walaupun bukan musim membeli-belah.

 

 

Content Marketing adalah core atau asas Kelas ARB. Content Marketing yang akan membezakan bisnes anda dengan pesaing.

Direction 2018 adalah Content Marketing. So, korang akan belajar macamana nak bina Content yang berkualiti dan berimpak tinggi.

 

 

Marketing pun ada funnel. Korang kena jelas benda ni supaya korang tak sebarang tonjolkan item-item yang tak sepatutnya.

Anda akan jelas proses jana duit atau sales secara berterusan kalau anda betul-betul faham.

 

 

Anda akan diperah, pecah dan meletup sebab otak anda terpaksa dikerahkan.

Kreativiti bukan benda yang istimewa tapi boleh dibentuk. Jadi, korang akan dilatih untuk berfikir dengan cara betul dan tepat.

Takdelah marketing anda nanti caca merba, serba serbi tak kena.

 

 

Yang pasti, Kelas ARB dah bantu ramai usahawan roketkan bisnes dia.

Kesemua modul, latihan dan komunikasi adalah berimpak tinggi, supaya peserta mudah faham, ingat dan terus buat.

 

 

Banyak persoalan anda tentang dunia digital, online marketing dan bisnes akan terjawab.

Ni dah bukan lagi Frequently Askes Question, tapi kalau peserta tak tanya soalan yang betul, kami akan bantu anda untuk tanya soalan yang betul.

Namanya Should Ask Question.

 

 

Sudah pasti anda akan dikerah untuk buat praktikal, latihan dan beberapa tutorial yang diwajibkan.

Bila anda faham dan terus buat, ia akan beri kesan lebih kuat. Sebab tu ilmu tanpa amal adalah sia-sia.

 

So, sekarang ni anda cuba bayangkan kalau anda berada dalam Kelas ARB, apa yang akan berlaku pada bisnes anda? Kelas ini dah menghasilkan result-result yang sangat dashyat, sangat proven, dan paling penting, anda dah semakin tahu nak buat apa dalam bisnes, dalam marketing. Bukan lagi duduk termenung dalam ofis, depan laptop tapi tak tahu nak buat apa.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !