fbpx
blog najib asaddok

Terdesak Cari Duit Bayar Bil Hospital, Puan Rahina Bangkit Buat Sales RM400,000 Sebulan.

InaCalisya

Siapa dekat sini ada kenal usahawan yang masih tak online kan bisnes? Kalau ada pun mungkin buat separuh jalan jer. Betul ke betul? Sampai bila nak jalankan bisnes secara offline? Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni semua orang berebut nak buat bisnes ONLINE jadi tak kan kita nak tengok jer dan tak buat apa-apa tindakan?

Ini lah yang terjadi pada Puan Rahina binti Rahim, Founder kepada butik Inacalisya, dia bukan tak cuba online kan bisnes tapi atas sebab lemah dalam bidang IT dia lebih memilih untuk bisnes cukup dengan apa yang ada secara offline. Orang cakap “ada ada, tak ada tak apa”.

Sebelum menjual baju kurung tanpa gosok, Puan Rahina jalankan bisnes ambil tempahan pukal secara offline pada tahun 2012.

“Saya bisnes dah lama lebih kurang 8 tahun lebih tapi banyak bisnes yang saya buat tak menjadi sampai lah saya cuba untuk fokus pada satu benda jer iaitu menjual pakaian. Alhamdulillah, kekal sampai sekarang” ujarnya. 

Satu persatu ujian datang, Puan Rahina terduduk bila dapat berita anaknya menghidap sakit tulang belakang bengkok. Di tambah pula waktu dia tak cukup duit untuk membayar kos pembedahan yang berjumlah RM31,000.

Bila tak cukup duit ni, Puan Rahina baru sedar dia perlu lebih serius  sebab dia memang perlukan duit untuk bayar bil hospital anaknya. Walaupun tak pandai dalam bidang IT dan online, dia paksa diri untuk buat Facebook Live.. Malu tu semua dia letak tepi.

“Saya mula follow Tuan Najib pada tahun 2018, hari-hari tengok sifu live di Facebook”. Ini lah titik permulaan Puan Rahina follow Tuan Najib Asaddok dan dia terus ambil keputusan untuk join kelas Seminar Roket Bisnes dan seterusnya ke Advance Roket Bisnes.

Tindakan betul yang Puan Rahina buat adalah dia cepat sedar sebelum keadaan bisnes menjadi lebih parah, dia cari guru yang boleh bantu dan dia tahu dia tak boleh berhenti setakat kelas Advance Roket Bisnes jer. 

Syukur sekarang dia juga dah berjaya buat sales RM428,016 pada bulan October dan total sales sehingga October dan mencecah RM2,728,646. 

Bayangkan dulu Puan Rahina ni tak pandai IT sampai nak guna Whatsapp pun dia tak tahu, tapi sekarang dah boleh online kan bisnes dan buat sales RM2 juta tak sampai setahun. Wow! 

Siapa cakap tak pandai tak boleh belajar? Siapa cakap orang yang dah berumur tak boleh maju dalam bisnes online? Semua boleh jer asalkan ada kemahuan dan tindakan. Bukan cakap kosong jer. Kalau cakap semua orang boleh cakap tapi tak semua orang boleh bercakap dan bertindak dalam masa yang sama. Jadi kalau Puan Rahina boleh, korang pun boleh!

Kalau anda nak kami bantu untuk jadi sama macam Puan Rahina, terus buat keputusan untuk upgrade ilmu dalam Roket Pemasaran Momentum (RPM) yang akan berlangsung selama 2 hari secara online. Pastikan anda bersedia untuk pelancaran kelas RPM pada 13 Januari ini. Ini adalah kelas online tajaan kami yang bernilai RM10,000 dan anda perlu keluarkan RM10 untuk yuran komitmen. Cepat masuk ke waiting list Roket Pemasaran Momentum (RPM) di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !