fbpx
blog najib asaddok

Strategi Matlamat Berkesan 2015

Salam

Hari ni baru sempat nak tulis blog post pertama tahun 2015 ni. Sekejap jer rasanya tahun 2014 tu berlalu. Saya nak share jugaklah apa yang telah saya kecapi tahun 2014 yang lepas ni dengan harapan dapat memberi pembaca blog saya ni satu inspirasi. Sentiasa ingat Allah bersama dengan apa yang kita fikirkan..Think Positive !

  • Dapat setup company Sdn Bhd – Momentum Internet Sdn Bhd pada bulan Feb 2014
  • Dapat setup ofis & bilik seminar khas untuk School Of Business & Marketing di Kluang pada Jan 2014
  • MPV Vellfire untuk bisnes Mac 2014
  • Tambah staff/team Momentum Internet kepada 3 orang keseluruhannya Mac 2014
  • Berpindah ke rumah baru corner lot Ogos 2014
  • Belikan & renovate rumah untuk ibu tersayang Nov 2014
  • Berjaya melahirkan beberapa orang usahawan online yang buat sales 5 angka
  • Keluar zakat lebih tinggi dari tahun 2013
  • Jemputan jadi speaker di KUIS
  • Jemputan jadi Speaker kepada 2500 mahasiswa UTM Skudai
  • Menubuhkan Persatuan Usahawan IMPAK negeri Johor
  • Jualan produk digital melebihi RM500 ribu
  • Komisyen Affiliate 5 angka.

Alhamdulillah banyak yang Allah beri saya ruang untuk capai pada tahun 2014. Kuncinya kena merancang pelan KEJAYAAN dari awal. Kalau arkitek yang hebat pun lukis pelan sebelum buat bangunan, inikan kita yang masih baru nak berjaya.

tulis_matlamat_perniagaan_internet

Apa pula IMPIAN anda tahun ni? Mula tulis sekarang. Ambil pen dan buku nota anda dan catatkan sekurang-kurangnya 2-3 matlamat yang mesti anda capai tahun ni. Biar sedikit tapi berkualiti & anda boleh capai.

Sempena tahun baru 2015 ni apakata anda cuba ubah habit untuk mula menulis matlamat yang anda nak capai terutamanya matlamat dari segi pendapatan. Saya berikan satu contoh, anda tulis satu matlamat untuk capai RM3000 sebulan.

[arrows style=”arrow-7-2.png” align=”center”]

Tulis —>> RM3000 sebulan pada 30 Mac 2015.

Pecahkan matlamat kepada 30 hari supaya nampak lebih kecil

Sebulan RM3000

Sehari RM100

Usahakan untuk dapat jualan dan keuntungan RM100 sehari.

Katalah anda boleh untung RM50 untuk 1 unit produk, anda hanya perlu hasilkan 2 sales sahaja sehari. Tarik sekurang-kurangnya 100 orang pelawat/trafik melawat website jualan produk anda, InsyaAllah pasti akan terhasil 2 jualan. Nak tahu bagaimana caranya. KLIK SINI

[feature_box style=”3″ only_advanced=”There%20are%20no%20title%20options%20for%20the%20choosen%20style” content_font_size=”35″ content_font_font=”Helvetica” alignment=”center”]

2 Sales = RM100 Sehari

[/feature_box]

Tulis matlamat, lihat setiap hari & mulakan tindakan anda. Baca matlamat anda, ia satu DOA. InsyaAllah pasti mudah untuk anda mencapai matlamat jualan harian seterusnya mencapai matlamat anda. Saya doakan anda akan terus berjaya mencapai matlamat yang anda tulis. Jangan putus untuk berdoa kepada Allah SWT untuk memudahkan segala yang anda lakukan. KEJAYAAN pasti milik anda!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !