Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home Niche Fashion

SAYA BUAT BISNES FASHION TAPI SAYA STUCK NAK SHARE CONTENT APA YA?

Mohd Najib by Mohd Najib
August 15, 2019
in Niche Fashion
0 0
0
SAYA BUAT BISNES FASHION TAPI SAYA STUCK NAK SHARE CONTENT APA YA?
Share on FacebookShare on Twitter

“PAGE SAYA KRIK-KRIK.. SAYA STUCK TAK TAHU NAK SHARE CONTENT APA DALAM PAGE SAYA. APA CONTENT YANG SAYA BOLEH SHARE UNTUK TARIK PERHATIAN YA?”

 

Biasa dengar soalan macam ni dari usahawan yang anda kenal? Kenal mana-mana usahawan yang stuck sebab tak tahu nak share apa?

 

Isu ni banyak berlaku pada kebanyakan usahawan terutamanya dalam industri fashion seperti pakaian, jubah, kain pasang, tudung, inner, seluar, topi, baju, dll..

 

Kenapa boleh jadi camtu? Sebab dia belum betul-betul ada mentaliti berkongsi sebelum menjual dalam bisnes.

 

Bahaya bila anda terlalu menjual dalam Page. Orang akan cabut lari, Facebook sendiri tak suka. Akhirnya Page anda bersawang dan anda sorang jer yang mengadap Page tu.

 

Belum lagi cerita algorithm bagai.

 

Jadi, apa content yang sesuai anda nak share terutamanya untuk anda yang duduk dalam industri fashion?

 

Bila anda buat perkara ni anda akan nampak banyak perubahan pada bisnes anda.

 

 

 

Anda kena kongsikan kepada likers anda bahawa anda ni pakar dalam pemilihan pakaian yang sesuai.

 

Anda boleh bagi tips pakaian ikut bentuk badan, ikut warna kulit atau sebagainya.

 

Biar orang yang baca dapat idea, terpukau dengan anda yang selalu sharing..

 

Ada terlalu banyak tips yang anda boleh share sebenarnya.. Anda kena duduk dan senaraikan apa yang anda tahu, apa yang anda belajar..

 

Itu point besar untuk anda kongsikan kepada prospek.

 

 

 

Anda kena share kepakaran anda secara terperinci. Apa trend fashion untuk tahun ini, bulan ini atau trend yang sedang hot.

 

Anda kena share seolah-olah anda ni adalah image consultant.

 

Anda juga boleh buat cadangan pada orang ramai cara nak matchingkan pakaian apa dengan apa.

 

Yang ni selalu Uniqlo, H&M, Zara buat. Tak kisah pakaian anda untuk laki, wanita atau kanak-kanak, sama jer..

 

Rajin-rajinkan diri untuk tahu apa trend terkini. Supaya anda boleh share bersama orang lain.

 

Contoh paling mudah anda boleh share apakah trending pakaian tahun terkini. Apa kesukaan orang ramai, apa style pakaian ikut artis yang terkenal dan sebagainya.

 

Anda juga boleh jer propose pada orang ramai jenis pakaian yang akan trending pada masa akan datang. Boleh jer nak buat. Fashion kan subjektif. Pasti akan ada yang minat.

 

Anda juga boleh share style pakaian zaman dulu, retro, zaman atuk nenek dulu.

 

 

Ada beberapa jenis video yang anda wajib buat antaranya:

1. Video tutorial – Mudahkan orang belajar cara pakai yang betul.

 

2. Video testimoni – Untuk yakinkan prospek baru dengan gaya yang anda berjaya ubah pada pelanggan yang sedia ada.

 

3. Video Kedai – Anda kena selalu buat video apa yang ada dalam kedai supaya menarik orang ramai pergi ke kedai fizikal (sekiranya ada)

 

Semua video ni ada tujuan dan semua ni untuk naikkan kredibiliti jenama anda dalam fashion.

 

Kongsikan pengalaman pelanggan anda dengan testimoni mereka kepada orang ramai.

 

Apa yang kita nak highlight dalam testimoni adalah pengalaman. Apa rasanya bila dah pakai baju atau pakaian dari jenama anda.

 

Wajibkan setiap pembeli share testimoni. Beri freegift pada mereka yang beri supaya anda ada banyak testimoni untuk dikongsikan lagi kepada orang lain.

 

 

 

Video LIVE memang wajib buat. Bisnes anda perlu ada engagement dengan prospek atau pelanggan.

 

Bisnes anda perlu bercakap dengan orang ramai.

 

Orang mudah nak trust kalau dah biasa bercakap, berkomunikasi.

 

Facebook akan suka dan akan bantu pada Page yang selalu buat Live untuk engage penonton mereka dalam Facebook.

 

Tak percaya, cuba anda buat.. Anda akan tengok reach dan engagement anda akan tinggi.

 

Apakata anda beri peluang pada diri anda untuk GROW bisnes fashion anda ke tahap 10X dengan anda menyertai Roket Pemasaran Momentum tak lama lagi..

 

Penting sangat anda sertai RPM untuk pastikan anda tidak ketinggalan dalam industri fashion.

 

Dah ramai usahawan yang telah mendapat hasil / result yang signifikan dan boleh jadikan bisnes mereka lebih kekal dan tahan lama.

 

Hanya untuk yang serius sahaja nak GROW bisnes dia, anda boleh ke www.50kusahawan.com Siri video ini nilainya adalah RM999 dan diberikan secara PERCUMA jer pada anda yang betul-betul dahagakan kejayaan.

 

Terpulang pada anda untuk buat keputusan. Nak dalam kerugian, atau berada dalam growth yang betul, anda pilih.

 

Anda kena share kempen-kempen yang berbentuk education untuk didik pembaca untuk follow.

Sebagai contoh Kempen Menutup Aurat by Tudung JAWS (contoh). Anda educate orang ramai cara-cara nak tutup aurat sempurna, jenis material yang tidak jarang, jenis kain tebal yang cool dan sejuk dan macam-macam lagi.

Selain tu anda boleh perkenalkan style atau trend yang ikut kehendak Islam dan sebagainya.

Ini sebahagian contoh. Anda kena mula berfikir untuk buat kempen apa supaya anda boleh tangkap perhatian orang ramai. 

Kan bagus kalau kita ada kempen yang menarik perhatian. Orang akan tahu value yang jenama anda bawa sekiranya kempen anda berkesan.

Semua idea ni, jadikan dalam bentuk rancangan TV.. Kan dah ada mirip macam Nona, Wanita Hari Ini, 3R dll.. 

Gaya seperti rancangan TV tapi live dalam Page. Kalau anda berjaya buat macam ni, anda sedang menarik ribuan prospek ke dalam bisnes anda.

Jangan pandang rendah dengan rancangan talkshow yang anda buat sendiri. Akan ada fans yang setia menanti.

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
TIPS NAK JADIKAN PELANGGAN BELI PRODUK MAKANAN BERULANG KALI.

TIPS NAK JADIKAN PELANGGAN BELI PRODUK MAKANAN BERULANG KALI.

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In