fbpx
blog najib asaddok

Pesan Mentor Untuk Hidupkan ‘Mentol’ Semangat Anak Didik

Salam Ramadhan sahabat2 usahawan…

Orang berniaga ni ada banyak masa yang hidup tu penuh dengan cabaran, tekanan, buat benda tapi tak jadi. Betul ke betul? Kengkadang secara tak sedar mula ‘main biola’ dengan kisah2 sedih yang akan melemaukan lagi keadaan.

Sebab tu nak tak nak, suka tak suka kena ada seseorang yang sentiasa meniupkan semangat dengan ilmu & tips yang akan naikkan balik mood kita dalam menghadapi cabaran bisnes ni.

 

 

Pagi ni sekali lagi Mentor saya meluangkan masa untuk ‘menyalakan’ semula mentol anak-anak didiknya yang makin malap…heheheee… yerlah ada yang banyak cabaran dan dugaan kan. Sesi pagi tadi ada banyak sangat perkara yang saya sendiri belajar & jadi lebih bersemangat nak capai target ni. Rasanya tak bestlah kalau saya sorang jer yang tau, tapi anda sumer tak dapat info ni.

Hahh jadi saya ambil sedikit masa saya ni untuk menulis semula catatan yang saya ikuti pagi tadi..FRESH dari ladang ni.. Nanti SHARE tau kat FB anda sebagai ‘yuran’ pengerasnya.

 

First sekali tema sesi LIVE Dr Azizan Osman kali ni adalah ”FROM GOOD TO GREAT’;

#1

Pertama sekali Mentor saya ‘kehilangan’ berat badan 16kg bulan Ramadhan ni…eehhh ni pun tershare plak… Terbaik tu pencapaian Doc!

 

#2 Cerita Lembaga & GST

Adalah sangat penting Business Owner untuk selesaikan urusan percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri & GST, bukan sahaja untuk undang-undang tapi ia sangat penting untuk profiling kewangan usahawan di mata bank. Kan penting profiling ni untuk kita guna duit bank untuk kumpul lebih banyak aset hartanah. Bukan tu jer bila nak kembangkan lagi bisnes ia penting untuk kita nak dapat lebih banyak dana, lebih ramai pelabur.

Perkara ni sangat ditekankan terutamanya kepada semua usahawan dalam Titanium Circle.

 

#3 Business Owner Tak Boleh Cuti Raya??

Ya! Tak boleh kalau sampai bulan Jun 2017 ni masih tak tahu berapa jumlah sales bisnes masing-masing. Check balik adakah capai matlamat yang sepatutnya. Kalau capai cuba tanya kenapa boleh capai, apa yang kita buat tu betul, dan kalau tak capai apa punca dia, apa gab dia.

Fokus kepada apa yang betul kita buat, elakkan dari fokus benda tak betul yang kita buat sebab itu akan menyebabkan kadang2 kita pergi buat benda lain. Patutnya benda yang betul tu lah kita nak kena buat dan fokus. Jadi usahawan kena pastikan berapa jumlah jualan bulanan sehingga bulan ni.

 

#4 More Team, More Times

Bisnes memang mula dengan kita sorang, sumer benda kita kena fikir, kena buat. 3 aspek yang memang mula2 business owner kena perhatikan adalah

i) Marketing & Sales

ii) Operation/Production

iii) Admin & Finance

Walau banyak mana nak kena tgk kita kena fokus pada marketing & sales, sebab ini nafas utama.. bawak masuk duit/cashflow. Jadi apa nak kena buat? Mula rekrut team kita yang dari zero pun xkesah untuk mula ambil alih setiap kerja2 kita tu. Mereka akan jadi anchor utama syarikat. Barulah kita tak payah nak pikir sorang, ada team akan bantu. Lebih ramai team yang boleh buat, lebih banyak masa kita ada untuk spend.

 

 

#5 Ada 5 Perkara/SIFAT Penting Untuk USAHAWAN Bertahan Lama

(i) GRIT – Orang yang kuat semangat untuk BANGKIT, ada ketahanan, tahan cabaran,

(ii) BIG WHY – Kita ni bukan sekadar mencari big why, tetapi BIGGER why untuk ada kemahuan lebih tinggi. Ramai orang target mula2 kecil jer, akibatnya nanti akan duduk dalam zon selesa, tanpa ada matlamat lebih besar.

(iii) Kena Passionate About ‘X’ – Apa yang kita suka/excited nak buat. Apa hasil yang kita nak lihat dan kita akan jadi lebih bersemangat lepas tu. Contoh apa result pelanggan akan capai yang anda akan sgt rasa semangat.

(iv)

(v)

to be continued… nanti free2 saya sambung semula ya

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !