fbpx
blog najib asaddok

PERKATAAN ‘ SIAPA BUAT ‘ AKAN ROSAKKAN ANAK-ANAK KITA

Perkataan ‘ Siapa Buat ‘ Akan Rosakkan Anak-Anak Kita
=======

Pengalaman membesarkan 5 orang anak membuatkan saya dapat kenalpasti apa perkara patut kita fahami dan pelajari dari proses mendidik anak-anak.

Ramai ibu bapa selalu menggunakan perkataan ini sebagai contoh

“ Ammar, kenapa ni siapa buat Ammar ? “

BAHAYA NI !

Kenapa saya kata begitu?

1. Kita sedang mengajar anak untuk menyalahkan seseorang, anak-anak ni akan membesar menjadi seorang yang mencari seseorang untuk disalahkan

2. Anak kita masih tak tahu mana betul mana salah, saya risau benda yang salah mereka akan rasa betul

3. Bayangkan ketika kita ambil anak kita, dan tanya soalan siapa buat ketika tu ada ibu bapa atau mertua di depan mereka, pastinya anak-anak akan menunjukkan kepada salah seorang dari mereka untuk memberitahu mereka yang buat anak tu. Bayangkan apa perasan ibu bapa kita…. MasyaAllah… pasti mereka kecil hati bila cucu mereka mengatakan mereka lah yang buat cucu tu.

4. Kalau anak-anak kita mempunyai adik beradik, mereka akan jadi saling melindungi, semua salah mereka akan ditujukan kepada orang lain. Mungkin sepupu, mungkin saudara mara akhir sekali mereka tak boleh kenal pasti kesilapan diri sendiri. Bukankah ini membunuh potensi anak-anak jadi seorang yang matang bila dewasa nanti

Habis tu apa cara nak buat?

1. Dekati anak-anak, setiap kali ada isu/masalah peluk mereka. Pertama beritahu mereka kita sayang sangat pada mereka ni. Perkataan sayang itu perlu diulang-ulang supaya meresap masuk ke dlm minda anak-anak.

2. Tanya mereka soalan yang betul, jika ada isu tanya mereka kenapa mereka menangis atau meradang dengan cara lemah lembut. Biar mereka beritahu apa permasalah sebenar

3. Jika anak-anak buat salah, ajar mereka akui kesilapan sendiri tanpa menyalahkan orang lain. Kalau betul mereka salah, jangan kita marah pada dia, sebab itu akan buat mereka akan jadi takut nak akui kesilapan sendiri.

4. Beritahu mereka apa yang silap dan penting ajar mereka apa pula perkara yang betul

Ingat wahai ibu bapa, salah soalan kepada anak-anak sebenarnya sedang ‘membunuh’ jiwa anak-anak ni. Peringatan ni sangat penting saya tujukan kepada diri saya sendiri sebagai seorang Ayah. Tugas mendidik anak-anak bukan hanya kepada ibu sahaja, ayah yang memainkan peranan sangat penting.

Kalau anak pun kita gagal mendidik mereka, macam mana nak berjaya dlm bisnes dan didik para pelanggan kita

Nukilan dari seorang Abi kepada 5 orang anak,.

Najib Asaddok
Ceo Momentum Internet Sdn Bhd
10:30 Pagi
Kuala Lumpur

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !