fbpx
blog najib asaddok

NAK GROW BISNES ? NI CABARAN YANG PASTI ANDA AKAN LALUI

Bila bisnes makin berkembang, bila bisnes sudah mula nampakkan hasil, akan ada pelbagai cabaran yang sangat peningkan kepala.

.
Lebih-lebih lagi bila bisnes dah mula buat sales 5 angka sebulan.

.
Kalau masa awal-awal dulu masa buat sales 4 angka sebulan, tak nampak pun masalah, semuanya lancar jer, senang jer nak buat closing.

.
Tapi bila pergi satu tahap, bisnes dah mula susah nak bergerak, sales tak boleh nak pecah satu tahap tu..

.
Ada jugak yang dan buat sales 6 angka sebulan pun susah nak naikkan lagi sales.

.
So, apa cabaran tu yang sebabkan sales dia tersekat tak boleh nak naik lagi?

.
Klik pada setiap gambar untuk anda tahu cabaran dan isu yang dia kena tackle supaya bisnes dia boleh further up lagi salesnya.

.
Tak ramai nampak ni adalah satu isu tapi ramai bisnes sedang menghadapi masalah ni. Yes, ianya sangat kritikal untuk bisnes yang sedang grow, atau yang memang ada niat nak besarkan lagi bisnes dia.

.
Terpulang pada anda sekiranya anda nak dengar, sebab kebanyakan isu usahawan adalah sama, cuma industri jer berbeza.


Bila bisnes takde S.O.P, memang anda sebenarnya mengundang bencana.

Untuk bisnes yang baru nak mula takkan perasan benda ni. Benda ni akan jadi masalah bila anda mula dapat sales yang tinggi.

Bisnes anda akan mula tak dapat nak support order yang banyak, ambil order banyak tapi tak boleh nak proses order.

Akhirnya ramai pelanggan akan anggap bisnes anda tidak serius melayan mereka.

Hanya kerana operasi anda tidak ada benda bertulis. Mula dari marketing, kemudian jawab pm / soalan dan hinggalah proses nak hantar produk / servis pada pelanggan.

Setiap proses kerja mesti bertulis dan berekod supaya orang lain yang ambil alih kerja tu tahu nak buat apa lepas ni.

Takdelah lepas ni semua kelam kabut..


LEMBAP bila buat satu tindakan sangat beri kesan pada bisnes.

Sebab banyak perubahan berlaku sekarang memang perlukan tindakan cepat dan pantas dari orang yang mengurus bisnes.

Sebab dunia makin berubah, sekiranya anda lembap sangat bertindak, semua akan ketinggalan.

Satu lagi isu adalah berapa cepat anda boleh layan seorang pelanggan?

Bermula dari berapa anda ambil masa nak jawab atau reply komen, ambil order, pembungkusan hinggalah pelanggan dapat produk yang mereka dapatkan.

Semuanya mesti cepat supaya pelanggan tak sempat nak hilang kepercayaan.

Satu lagi paling penting, berapa cepat pelanggan anda akan dapat kesan / manfaat dari produk / servis anda..

Semua ni anda kena tahu dan kena yakin. Sebab bila kita persembah jenama kita pada orang, kita akan lebih yakin bila kita tahu berapa cepat semua perkara diatas tu kita tahu.

Pelanggan akan yakin.. Anda pun lebih yakin dengan jenama / bisnes anda sendiri.


Ini normal. Bila sampai satu tahap, owner bisnes rasa dia masih boleh handle seorang diri padahal tidak.

Bila bisnes anda mula buat sales hampir cecah 5 angka atau dah pun dah cecah 5 angka, TEAM sangat kritikal pada ketika ini.

Anda dah tak boleh fokus semua kerja dalam satu masa. Anda tak boleh nak melayan pelanggan dalam masa sama menguruskan hal kewangan bisnes dan juga proses penghantaran produk.

Anda bukan boboiboy, anda tak boleh buat semua benda dalam satu masa..

Paling penting jangan kedekut untuk ambil orang masuk dalam team bisnes anda. Banyak kerja remeh yang anda boleh serahkan pada team anda dan anda mula fokus pada kerja lebih penting.

Jangan kedekut, nanti lagi banyak rezeki akan masuk, InsyaAllah..


Kadang-kadang sales boleh masuk dengan konsisten. Mulalah owner bisnes dah lupa diri, sibuk nak tambah tu, tambah ni untuk nampak mewah, untuk nampak gah dengan orang ramai.

Tapi sebenarnya dia sedang sabotaj bisnes dia. Bayangkan kalau keuntungan yang anda buat anda tak laburkan balik dalam syarikat, macamana anda nak tambah team, macamana anda nak tambah bajet marketing supaya sales lebih besar akan masuk?

Bila anda kacau duit syarikat, anda sedang sekat cashflow syarikat anda. Bila duit tak cukup untuk order stok, untuk bayar team, untuk bayar supplier, untuk masuk dalam kos operasi, untuk labur dalam marketing.

Banyak benda anda kena fikir dengan lebih serius bila melibatkan duit syarikat. Bukan senang-senang terus belanja itu ini benda yang jadi bebanan.

Jangan bunuh bisnes sendiri. Kawal aliran masuk keluar kewangan syarikat anda.
Satu lagi cabaran paling kritikal bila nak besarkan bisnes adalah pada supplier.

Bila sales makin meningkat, kita akan order lagi stok dari supplier, order lagi stok dan order lagi stok.

Kalau dulu, sebulan sekali repaeat order. Tapi kali ini dah naik 2 minggu order lagi stok. Lepas ni kuantiti makin banyak.

Supplier kalau kena yang susah nak jaga akan mula naikkan harga, atau kurangkan kuantiti atau macam-macam lagi terms dan condition yang dikenakan pada anda.

Anda nak buat macamana? Kat sini ramai usahawan rasa macam buntu nak cari supplier lain dalam keadaan ramai dah bayar untuk stok.

Anda tak deliver produk sebabkan supplier atau kilang bermasalah. Macamana anda nak berdepan dengan pelanggan? Kalau sorang dua ok lagi, bayangkan beribu pelanggan tersangkut?

Kan dah burukkan nama jenama sendiri.

Sebab tu, awal-awal lagi dah kena bersedia dengan kemungkinan ini. Cuba cari 2-3 supplier atau kilang lain yang boleh supply barangan yang sama kualiti yang kita kehendaki.

Sebab tu kembali balik pada S.O.P macamana anda terima barang dari supplier, macamana anda nak check kualiti barang.

Anda mesti fikir beberapa langkah kehadapan supaya cabaran ini mudah diatasi dan bersedia untuk lebih meroket akan datang.

.
.
#roketcontent
#roketpemasaran

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !