fbpx
blog najib asaddok

Nak Bisnes Jadi “Wow”? Baca ni!

nak bisnes jadi wow cover

“Bisnes saya ni slow sangat progress, kenapa saya tengok pesaing buat boleh jer capai sales tinggi-tinggi… Saya ni tak break-break RM10k”

Haaa, ramai yang ada isu macam ni betulkan? Bukan nak cakap bisnes yang korang buat tak bagus.. Tapi salahkan pada diri sendiri. Sebab diri sendiri yang manage bisnes tu.

Dan disebabkan tu, korang sebenarnya perlu buat tindakan pantas bukan sekadar duduk termenung fikir tentang masalah. Kena fikir something untuk buat bisnes jadi lebih wow gitu..

Dekat sini ada beberapa point untuk korang supaya bisnes yang korang buat akan datangkan hasil & bukan datangkan kerugian. Ni dah ready ker dah ready? Kalau dah ready jangan share ilmu ni pada kawan-kawan lain sekali

Bisnes Tak Ada Keunikan

Dalam bisnes nak nampakkan kelainan bila bersaing of course tentang unik.. Kalau korang tak fikirkan tentang perkara ni, sekejap je pesaing cantas bisnes korang tu.

Cuba sit down dengan team atau define dengan bertanya pada pelanggan sekali sekala, apa yang mereka nampak unik dalam bisnes yang korang buat tu.

Sama ada daripada segi “layanan” , produk tu sendiri unik atau apa? Itu yang korang patut tahu, dan gandakan lagi jadi pada 10x..

Bisnes Takda Orang Tahu

Ini kritikal sangat-sangat bila orang tak tahu apa yang korang buat, senang cerita bisnes korang ni macam tak wujud.. Fuhh, pedih tu gais… Korang kena do something untuk buat bisnes kerap nampak macam contoh Milo.

Eh jap jap, jangan lah sebab ni korang masuk iklan dalam TV pula.. Tinggi costing tu.. Sales tengah ciput, jadi fikirkan kat mana “Traffic” banyak pada zaman sekarang.. Contohnya pada Social Media ataupun bahagian online.

Jadi korang patut masuk juga dalam dunia online supaya ramai orang nampak & kenal bisnes korang jalankan tu..

Bisnes Takda Sempena

Okay ni point yang terakhir untuk korang dapat manfaat dan buat bisnes jadi lebih wow.. Ni nak bagitahu ni, perasan ke perasan kebanyakkan bisnes luar negara bila buat “promotion” mesti ada “sempena” dia tersendiri..

Sebagai contoh sempena “Black Friday” , “Krismas” dan pelbagai lagi.. Kenapa korang tak buat benda yang sama? Kesilapan orang sekarang ramai yang buat promotion tiap hari ada discount.. Kat situ, ramai yang tak terkejar dah dengan produk tu.

Cuba korang ubah dengan cara sempena ni.. Tak kesah lah sempena birthday anak ke, sempena hari raya ke.. Semua boleh dibuat yang penting ada sempena ni ramai yang akan lebih tertarik. Baru lah bisnes jadi lebih Wow raih sales!

Hehehe, semoga bermanfaat dengan sharing daripada content ni.. Pastikan kongsikan juga pada rakan ya supaya bisnes mereka juga akan jadi lebih wow dan dikejar ramai.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !