fbpx
blog najib asaddok

MACAM MANA NAK HILANGKAN NEGATIF DENGAN GAYA SANTAI

CARA NAK STAY POSITIF KETIKA EMOSI ANDA SEDANG TAK STABIL ATAU NEGATIF..

Sebagai usahawan, perkara paling penting adalah nak kekalkan mood dan energy dalam keadaan tinggi dan positif.

Tapi, kita ni pula baru jer jadi usahawan, bukannya lahir-lahir terus jadi usahawan. Jadi, perlukan masa untuk bentuk diri dan minda supaya sentiasa positif.

Nak stay positif, nak maintain energy sentiasa tinggi perlukan proses, perlukan masa supaya badan dan minda bersedia untuk switch pada keadaan baik.

Negatif pula datang tak semestinya dari hasutan orang, kadang-kadang kita sendiri yang terlalu bekerja siang dan malam sampaikan kita sendiri terlupa, kita perlukan rehat dan rileks kejap supaya kita boleh sentiasa sharp.

So, untuk kita yang baru nak up ni macamana kita nak kekalkan diri dan minda supaya sentiasa postif sepanjang masa?

Kat sini ada beberapa cara yang dirasakan paling praktikal, paling mudah untuk kita buat untuk latih diri menghadapi waktu-waktu down, stress, emosi tak stabil ataupun dalam keadaan negatif.

Ingat, sebagai usahawan, kita ada banyak cabaran dan perkara yang kita mesti lalui untuk roketkan bisnes kita.

Sebab itu penting kita jaga diri kita supaya kita bisnes yang kita buat ataupun diri kita sentiasa beri manfaat pada orang lain.

Nak beri manfaat pada orang lain, penting pula jaga keadaan diri.

Naik turun tu normal sebab sedangkan Rasulullah SAW pun teruji hingga rasa sedih dan down, inikan pula kita sebagai umatnya.

So no worries kalau tengah negatif atau down. Amalkan apa yang sharing dalam gambar-gambar berikut.

InsyaAllah, kita akan kembali fit mental dan fizikal untuk cabaran mendatang.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !