fbpx
blog najib asaddok

Lepas Onlinekan Bisnes, Puan Junaidah Tak Menang Tangan Layan Pelanggan.

wadihana islamic steak house

Siapa dekat sini pernah putus asa nak hidup? bangun-bangun pagi rasa macam kosong sangat. Rasa macam hidup ni susah sampai mempersoalkan kenapa Allah bagi ujian yang berat. 

Sedangkan anda perasan ke perasan kita kena sentiasa bersyukur sebab bila kita rasa susah sebenarnya ada orang yang lagi susah daripada kita. Buktinya Puan Junaidah binti Abu Talib yang juga pemilik restoran Wadihana Islamic Steak House ini dulu sebelum dia berjaya dalam bisnes. Nak tahu apa dia buat?

Puan Junaidah berkongsi dengan kami Team Momentum, “Saat yang paling mencabar dalam hidup saya ialah ada satu masa tu saya dan suami tidak bekerja. Jadi, kami berdua terpaksa jual bunga rampai di tanah perkuburan Jalan Mahmodiah, Johor Bahru sebab nak cari duit untuk persiapan Raya”.

Sedihnya bila dengar cerita daripada Puan Junaidah ni. Atas desakan hidup dia terpaksa jual bunga di tanah perkuburan dalam keadaan berbadan dua pula tu. Tapi wanita tabah ni sanggup buat apa sahaja demi keluarga, dia tak malu pun jual bunga di tanah perkuburan. 

Tak nak terus hidup susah, Puan Junaidah bangkit dan buat bisnes pada bulan Februari 2019. Tapi dia sedar yang dia dah tertinggal banyak benda terutama sekali Facebook Marketing.

Puan Junaidah berkata “Saya dah tinggal banyak benda tapi saya tak nak guna cara lama dengan membuat edaran flyers, jadi saya mesti masuk semula kelas Tuan Najib Asaddok sebab pada tahun 2016 Tuan Najib pernah cakap kalau salah buat Facebook Ads, duit akan melebur banyak”.

Tindakan betul yang Puan Junaidah buat ialah dia masuk kelas semula.. Bayangkan ilmu marketing pada tahun 2016 sama ke dengan tahun 2020 punya? Sebab tu penting untuk konsisten cari GURU dan ILMU. Paling senang tengok Facebook, setiap masa dia akan update benda baru jadi tak kan kita nak duduk diam jer. 

“Semua orang boleh masuk kelas dan belajar tapi paling penting kena ada keberkatan dalam hidup.. Terutama sekali dari keluarga, suami, mak ayah dan guru” ujarnya. Ini lah yang Puan Junaidah pegang sampai hari ni sehingga dia berjaya dalam bisnes.
 

Lepas join kelas, Puan Junaidah terus konsisten buat Like Marketing, Brand Awareness dan Facebook Ads.. Nak ke nak hasil lepas dia betulkan semua ni?

“Alhamdulillah, win yang saya nak share lepas saya masuk semula kelas adalah sales saya mencanak naik walaupun kedai Wadihana Islamic Steak House yang terletak di Damansara Alif, Johor Bahru ni agak tersorok daripada main road”. Puan Junaidah sendiri tak percaya dia boleh capai sales yang tinggi pada bulan pertama dan kedua pembukaan kedai.

Lepas sales dah naik, ada sorang chef datang jumpa Puan Junaidah dah cakap “Mula-mula kerja dekat sini kami semua rasa tak tahu boleh bertahan berapa lama sebab jauh daripada main road kebetulan kedai kita ni yang pertama buka di situ”.

Kalau anda dekat tempat Puan Junaidah apa anda rasa? Pekerja sendiri fikir macam tu? Tapi dia sentiasa berfikiran positif dan bersyukur sebab berjaya buat sales RM390,000 pada bulan Oktober dan total sales sehingga bulan Oktober dan berjumlah RM2,761,704.

Hebat! Kalau fikir balik memang amazing daripada jual bunga rampai di tanah perkuburan kemudian buka restoran sendiri boleh capai jualan RM390,000 sebulan masa PKP! 

Masa PKP ni semua orang duduk rumah makan, siapa jer yang nak makan habiskan duit makan tapau dekat luar? Baik masak sendiri di rumah kan? Power betul Puan Junaidah ni. 

Sebab tu jangan berhenti belajar, ilmu 4 atau 5 tahun lepas belum tentu boleh guna dan dapat results yang sama bila kita guna. Betul ke betul? Nasib baik dulu Puan Junaidah tak give up, kalau tak mungkin dia tak capai apa dia dah ada sekarang.
 

Nak ke nak kalau anda juga berpeluang untuk berjaya sama macam Pn Junaidah? Apa kata kalau korang buat tindakan sekarang dengan onlinekan bisnes di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !