fbpx
blog najib asaddok

KENAPA ORANG LAIN BUAT FACEBOOK MARKETING JADI TAPI BILA AKU BUAT TAK JADI?

Ramai usahawan rasa pelik sebab banyak dah kelas dia pergi, tapi bila buat Facebook Marketing, tak jadi langsung.

Macam-macam teknik dia cuba follow, banyak dah kawan yang dia minta ajar, tapi masih tak boleh buat. Pelik rasanya.

Ada tu pergi kelas sama-sama, industri yang sama, produk sama tapi kawan dia buat, sales boleh meroket. Bila dia buat, sales dia krik-krik jer.

Kenapa jadi macam tu?

Jadi, kat sini ada beberapa garis panduan sebagai rujukan, panduan dan petunjuk untuk anda yang selalu rasa begitu. Eh, bukan setakat marketing, banyak lagi perkara dalam hidup yang jadi begitu.

Ramai usahawan dia tak serius bila berbisnes. Anda boleh tahu orang sebegini melalui percakapan, perbualan dan tingkah laku dia.

Orang yang ada BIG WHY yang kuat dan besar tidak akan main-main dalam bisnes. Dia ada komitmen, dia ada attitude yang sungguh-sungguh.


BIG WHY yang besar dan kuat akan jadikan seorang usahawan itu betul-betul bersungguh dalam segala tindakan, usaha dan cara fikir.

Sebab dia tahu, kalau dia tak buat sungguh-sungguh, dia tak dapat ubah hidup dia, tak dapat memenuhi BIG WHY dia.

Sebab tu setiap orang yang bergelar usahawan WAJIB ada BIG WHY yang kuat, betul dan besar.

Kalau anda ada reason untuk berbisnes, kenapa nak sia-sia?

Usahawan yang berjaya sentiasa belajar, sentiasa bersedia untuk belajar.

Tidak ada sebarang ego dalam bab belajar walaupun hanya idea dan input dari team bawah dia.


Usahawan yang berjaya sentiasa mencari ILMU, sentiasa update ILMU supaya dia tahu apa yang dia perlukan untuk diri, keluarga dan bisnes dia.

Bukan semua ILMU itu berguna. Ada ilmu yang betul tapi masih tak tepat. Yang penting anda kenal pasti ILMU YANG BETUL DAN TEPAT yang sesuai untuk keadaan anda ketika itu.

Jangan kedekut labur kos untuk pergi belajar sebab ILMU kena cari, bukan ILMU datang cari anda.

Manusia beriman yang berilmu lebih tinggi darjatnya berbanding orang lain.

Usahawan yang berilmu, kita boleh tahu bisnes dia level mana.

Anda tak bertindak, anda takkan dapat apa-apa. Kalau anda bertindak benda yang sama dengan mengharapkan perkara luar biasa, itu gila namanya.

Kalau anda belajar macam-macam perkara tapi anda sendiri tak ambil tindakan, anda sebenarnya mensia-siakan potensi diri dan bisnes anda.

Ilmu tanpa amal kan sia-sia jer. Anda tak bertindak, anda memang tak dapat hasil. Anda belajar ilmu ratus juta punya teknik pun tak guna.

Ramai usahawan gagal bab ni. Tak ramai orang konsisten tarik dan pengaruh orang.

MILO, MAGGI, DYNAMO, ANLENE semuanya konsisten buat marketing. Sebab tu jenama dia kekal berzaman dari zaman atuk kita hingga anak-anak kita masih lagi nampak marketing dia.

Yang korang bisnes baru nak up ni macamana pula?

Tak ramai orang faham bila kita sebut LOVE YOUR CUSTOMER MORE atau sayang pelanggan anda lebih dari lain.

Sebab pelanggan yang jadikan sales kita banyak atau kurang. Anda kenal pelanggan, sebenarnya anda dah kenalpasti mana lubuk duit, sumber sales untuk bisnes anda.


Syarikat gergasi luar negara dah amalkan benda ni. AMAZON, ALIBABA semuanya syarikat gergasi yang utamakan pelanggan.

Pelanggan berpuas hati akan sebabkan mereka beli lagi berulang kali dari anda. Dah tak pandang pesaing anda yang lain.

Ramai usahawan yang berjaya dia ada ATTITUDE atau sikap yang bagus.

ATTITUDE bagus ni sangat luas skop dia. Cara penampilan, cara percakapan, pergaulan, melayan orang, cara layan team sendiri, cara tonjolkan kemewahan diri dan macam-macam lagi.


Dalam Islam ATTITUDE adalah sebahagian akhlak Islamiyah, ataupun akhlak terpuji.

Kalau anda bergaul dengan mereka ni, anda akan rasa senang, rasa best, rasa dihargai bila berborak walaupun topik yang kecil sekalipun.

Belum masuk lagi bab menuntut ilmu dengan guru, layan pelanggan, dan lain-lain.

Anda berjaya ubah ATTITUDE yang bagus, anda sebenarnya jadikan diri, keluarga dan bisnes anda untuk berjaya.

Kalau tak pandai, tak tahu, jangan sombong pergi cari orang dan bertanya.

Kalau tak faham agama, tanyalah ustaz atau ulama’ yang faqih.


Kalau tak faham bisnes, tak tahu nak roketkan sales, pergilah cari guru @ Mentor untuk bimbing.
Ramai orang bukan takut nak cari Mentor, tapi sebenarnya Ego untuk rendahkan diri untuk menuntut dari orang yang terbukti berjaya buat result.Guru atau Mentor tak bergelar begitu kalau takde bukti result yang betul dan benar.Kita pun dari tadika hingga ke Universiti pergi belajar dengan guru, cikgu, tutor atau pensyarah. Dalam bisnes kenapa tak pula cari?Yang penting cari orang yang terbukti dah hasilkan result untuk anda jadikan Mentor.Mentor yang bagus akan guide anda dari biasa-biasa hingga bisnes anda berada pada peringkat yang tinggi.Jangan bodoh, jangan ego, jangan malas.. Cari mentor dan belajr. Pastikan anda follow dan bertindak lepas anda dapat guide atu nasihat.

Ramai ta sangka, perhubungan suami-isteri, anak-ibu bapa, ayah & anak-anak sangat mempengaruhi bisnes anda.

Ia buka soal logik, tapi lebih pada soal keberkatan. Kalau anda berbisnes siang dan malam dengan anda abaikan tanggungjawab yang wajib anda beri, anda sebenarnya sedang jatuhkan bisnes anda sendiri.


Bisnes yang tidak ada keberkatan tidak tahan lama walaupun anda sedang naik.

Jaga hubungan dengan orang keliling, orang tersayang, termasuklah team yang ada dalam bisnes anda.

Keberkatan isu yang sangat besar bagi orang mukmin.

Satu lagi aspek yang paling sebesar-besar alam adalah hubungan anda dengan Rabb, Alllah Taala.

Yang Maha Pemberi Rezeki dalam bisnes adalah Allah. Yang gerakkan hati manusia terpikat dengan marketing anda adalah Allah. Yang lembutkan hati manusia beli dengan anda adalah Allah.


Kena jelas perkara ni sebab melibatkan pegangan anda sebagai Muslim, sebagai Mukmin..

Rapat dan jagalah hubungan anda dengan Allah. Tunaikan segala hak dan perintahNya.

Dalam bisnes anda WAJIB follow rules yang Allah gariskan.

Jangan buat benda haram, jangan menipu, berlaku adil, jujur dan amanah dalam setiap urusan.

Tunaikan ibadah, sujud padaNya. Tunaikan zakat dan pelbagai lagi kewajipan yang merupakan pahala, keberkatan dan rezeki untuk anda.

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !