fbpx
blog najib asaddok

Jualan Inacalisya Meningkat Selepas Konsisten Buat Facebook Live

Jualan Inacalisya Meningkat Selepas Konsisten Buat Facebook Live

“Alaaaa.. Malu la nak buat Facebook Live, tak tahu nak cakap apa dan bukan ada orang yang nak join pun nanti”

Korang pernah terfikir macam ni? Malu dan takut nak buat Facebook Live? Eh sama la macam Founder Inacalisya, Rahina binti Rahim. Pada awalnya dia lebih selesa jalankan bisnes secara offline.

Jangan terkejut tau, pada mulanya dia memang malu nak buat Facebook Live tapi siapa sangka lepas dia konsisten buat Facebook Live, dia berjaya raih RM41,000 sehari. Sehari tau bukan sebulan. Dahsyat kan? Dengan buat Facebook Live je.

Jualan Inacalisya Meningkat Selepas Konsisten Buat Facebook Live

Dulu dia macam korang juga tak tahu pasal bisnes dan lemah dalam bidang IT tapi dia nekad untuk keluar daripada zon selesa selepas anaknya sakit.

Bayangkan anak sakit dan perlu buat pembedahan segera tapi sebagai ibu dia tak mampu nak bayar kos pembedahan. Kalau korang berada di tempat Rahina mesti korang rasa sedih kan?

“Duit yang ada masa tu memang cukup-cukup makan je, itu pun belum tolak untuk bayar gaji pekerja, sewa kedai dan perbelanjaan” ujarnya sayu. 

Masa ni la dia buat keputusan untuk cari guru yang boleh bantu dia naikkan jualan dalam bisnes. Bermula dengan kelas Seminar Roker Bisnes (SRB), dia kemudian terus daftar ke Platinum. Daripada setup Facebook Page, copywriting dan kira kos semua Team Momentum yang ajar.

 

Jualan Inacalisya Meningkat Selepas Konsisten Buat Facebook Live

“Alhamdulillah rezeki mula datang satu persatu. Saya sendiri tak sangka boleh sampai ke tahap ni.. Terima kasih Sifu dan Team Momentum sebab sentiasa push saya untuk buat lebih sehingga berjaya join circle Ultimate Plus” ujarnya gembira

Rahina dah buktikan tak pandai boleh belajar, tak ada istilah terlambat dalam hidup ni. Kalau korang nak tahu sekarang dia dah boleh buat jualan RM500,000 sebulan dan baru baru ni dah berjaya beli kereta dan rumah banglo. Amacam?

Proses nak berjaya jadi lebih cepat dan mudah bila ada ilmu dan guru yang bimbing. Jom hubungi Team Momentum untuk dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA di → www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !