fbpx

Johor suntik inisiatif untuk orang muda

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menyuntik pelbagai inisiatif untuk memperkasa pembangunan orang muda di negeri ini, menerusi Belanjawan Johor 2022.

Inisiatif itu merangkumi aspek sukan, kecergasan, sosial, kesenian, kepemimpinan dan kemasyarakatan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata ia akan memanfaatkan 1.6 juta belia, berusia 18 tahun hingga 40 tahun, yang mewakili 43.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di Johor.

Beliau berkata, di bawah Agenda Orang Muda Johor, hub aktiviti belia, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) akan diperluaskan ke daerah Kluang, Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Gym Rakyat pada tahun depan.

Johor suntik inisiatif untuk orang muda

“Selain itu, sejumlah RM1.5 juta bakal diperuntukkan menerusi Institusi Dato’ Onn (IDO) untuk terus memperkasakan potensi Orang Muda Johor sebagai One Stop Centre for Youth.

“Kerajaan Negeri juga komited untuk memperkasa peranan Southern Volunteers Johor Youth Development Centre (JOYDEC) melalui peruntukan sebanyak RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Festival Orang Muda Johor 2021 (OMJ Fest 21), yang dirasmikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di TMIYC Johor Bahru, di sini, hari ini.

OMJ Fest 21 akan diadakan di 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di 10 daerah, dengan lebih 80 program bermanfaat untuk belia.

Festival itu akan berlangsung sehingga penghujung Disember dan dijangka dapat menarik sehingga 100,000 penyertaan.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, pelbagai inisiatif berteraskan sukan menerusi pembabitan atlet dan masyarakat juga akan dijalankan, dengan peruntukan RM14.5 juta.

Antaranya Program GRIT Johor 2030, program pembangunan bakat oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Karnival Sukan Makmur XTIF Johor.

Kerajaan negeri juga, katanya, membantu mahasiswa melalui program Internet Mahasiswa Johor , Skim Bantuan Pendidikan, pinjaman pelajaran, Program Johor Upskilling & Reskilling, Latihan Lepasan Siswazah Johor, Johor Skills Oil & Gas dan Pensijilan Tenaga Mahir Johor.

Selain itu, beliau berkata, semangat perpaduan dan kenegaraan dalam kalangan modal insan Johor akan diberi tumpuan dalam inisiatif berkaitan Pemerkasaan Rukun Tetangga, Generasi Muda dan Perpaduan Kaum, dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !