Salam sahabat2 semua pembaca blog saya ni
Bila hampir jer masuk bulan Mei setiap tahun, maka saya akan flashback semula ketika hari pertama hidup saya ‘dipaksa’ untuk berubah. 6 tahun lepas lah mencatatkan satu turning point saya berubah untuk memahami diri kenapa nak keluar dari kempompong hidup biasa-biasa dan penuh cabaran terutamanya ‘kewangan’.
Masih teringat dalam benak memori ni, menjejakkan kaki ke Wisma MCA untuk mengikuti ‘kursus motivasi’ yang saya anggap masa tu..hohoohoo..kursus lah sangat!
Workbook yang sangat legend ni pun saya masih simpan rapi dan jadi rujukan sampai sekarang di ofis saya.. masa IMKK ni rumah tu jugak lah yang menjadi ofis untuk saya… banyak sangat berubah lepas IMKK … Alhamdulilah 🙂
Nampak ke nampak punyalah saya simpan elok-elok ‘khazanah’ yg sangat berharga untuk diri saya ni termasuk magic pen nya sekali. Benda yang ubah hidup pada saya sangat penting untuk saya simpan sebagai ingatan buat ‘budak baru nak up’ ni.
Baik-baik sambung semula cerita saya yang ‘dipaksa’ berubah…
Sebelum tu apa MASALAH hidup saya sebelum ke ‘kursus’ ni dan kenapa ‘kursus’ ni mengubah hidup saya? Nak tau ke nak tau?
Cam ni ceritanya….
#1 Hidup Tak Lari Dari Masalah KEWANGAN
==============
Ya saya antara senarai manusia yang menjadi ‘orang penting ‘ ala ala VVIP dihubungi oleh bank setiap bulan. Kenapa tu? Sebab tak bayar loan lan… amacam? Korang pernah macam tu atau sedang macam tu? Hehehee… Saya dah naik bosan dikejar setiap bulan dan banyak kali kereta nak ditarik. Pernah jugak gabra bila hutang kad kredit isteri yang saya guna sampai kredit limit dan due date untuk bayar… Arghhhh…
Hidup memang ‘tertekan’ bila dibelenggu hutang. Saya antara salah seorang manusia yang tertekan dengan masalah ni. Korang pun mesti tertekan kan bila menghadapi situasi ni. Tapi nasib baik ada Allah yang kita pegang. Mentor saya selalu pesan dalam surah Insyirah ada satu ayat ”Setiap kesusahan tu disertakan kesenangan”. Maksudnya Allah ni masih mengutuskan pakej senang tu, cuma disertakan sekali dengan cabarannya.
Di situlah kita ni diuji samada layak terima senang tu, atau kita berpaling semula dan terus komplen hidup susah.
Ya! Saya dulu banyak kali dalam dompet cuma ada duit cukup-cukup makan dan kadang-kadang memang rasa nak jer GIVE UP, tapi bila lihat muka isteri, anak, emak dan adik beradik rasanya saya ‘tak layak’ untuk GIVE UP. Mesti ada sebab kenapa saya diuji macam ni.
Dulu masa sekolah pun diuji jugak setiap tahun, boleh jer lepaskan… Di saat itulah saya rasa saya perlukan ILMU lagi dan lagi….


#2 Hidup Bahaya Tanpa Waze/GPS
===============
Ni satu hal lagi! Kita ke mana-mana pun kena ada GPS (masa tu kan 2012, belum ada waze)..huhuhuuu
Tanpa guide macam ni pasti akan buang masa yang banyak nak menuju destinasi, banyak masa jugak akan tersesat jalan. Sesat jalan tu pulak terpaksa ‘dibayar’ dengan kos yang tinggi beb! Kan rugi! Padahal kita hanya perlu keluarkan sedikit kos untuk dapatkan GPS atau Waze tu. Jimat masa, tenaga dan boleh sampai cepat!
Samalah dalam hidup, kita perlukan waze yang bergelar MENTOR. Dulu saya takder mentor, jadi buat bisnes pun fikir hanya kecil jer iaitu ‘cari makan’. Nak capai target pun kejap confident, kejap lagi hilang confident plak. Lepas tu nak buat apa2 langkah dalam pemasaran pun, masih ada was-was dalam diri. Apa aku buat ni betul ke tidak?
Kan bila buat sesuatu dalam keadaan was-was biasa memang tak jadi! Sebab tu kena pergi dapatkan mentor untuk dapat ilmu, maka sekaligus dapatlah KEYAKINAN tu sekali, dengan izin Allah. Setuju?

#3 Kos Buat SILAP Sendiri Tu MAHAL Beb
=======================
Mentor saya selalu pesan, antara silap orang lain dengan silap sendiri mana lagi mahal! Mestilah silap sendiri kan! Jadi bila saya hadir ke seminar2 dan ‘kursus’ ni saya dapat lihat, dengar dan tengok sendiri apa kesilapan yang orang lain lakukan. Bila saya belajar dan tahu maka saya boleh elakkan kesilapan tu dan saya dapat jimat banyak duit saya.
Yang lagi malang adalah bila tak tahu silap kita tu kat mana, lagi lah kesian…berterusan silap tu akan diulang dan bakar duit!
Sebab tu saya buat keputusan pada Mei 2012 tu untuk hadir sendiri ke IMKK walaupun terpaksa travel sorang2 dari Segamat Johor untuk belajar apakah silap kebanyakan orang yang drag masa hidup diorang. Kesilapan kan satu rukun kejayaan jugak dalam hidup. Kita sendirilah akan pilih nak belajar silap orang atau buat silap tu sendiri..kan..kan..kan…
Ok..ok..kisah bermula di sini.. Perjalanan saya ke IMKK 2012


Ini pertama kali saya excited nak masuk program ‘motivasi’. Selama ni tak pernah pun join apa-apa seminar macam ni. Dah lah pesertanya ramai lebih 2000 orang, masuk dewan pun terpaksa berebut-rebut. Tapi saya datang jugak sebagai gelas yang kosong, untuk dipenuhkan dengan ilmu yang saya nak bawak balik.
Jadi apa POINT penting yang saya belajar tu dan ‘dipaksa’ untuk berubah? Apa yang power sangat IMKK ni?
#1 Hidup Ni Kena Buat Apa Yang Allah Suka
===============
Kita ni kadang-kadang terlupa, banyak benda kita mintak pada Allah tapi apa yang Dia suruh buat pun kita ambil mudah. Jadi Dr Azizan Osman sangat tekankan, bina hubungan baik dengan Allah SWT dulu kalau nak capai kejayaan dalam hidup. Kita selalu terbangun waktu malam, tapi sekadar kencing jerlah bukan nak ‘connect’ dengan Nya. Point ni memang buat sentap dan berdarah hati saya beb! Buat apa yang Allah suka, pasti dia bagi kita apa yang kita nak!
Bila hubungan dengan Allah itu baik, insyaAllah hubungan sesama manusia juga tidak menjadi sebarang masalah. Orang yang paling seronok dan beri galakan kepada saya adalah isteri saya sebab katanya setiap kali balik menuntut ilmu dari Dr Azizan, saya menjadi semakin matang, penyayang dan sangat menghargai keluarga.
#2 The Power Of Submissions
=============
Kita nak capai macam-macam dalam hidup, tapi cara nak ‘submit’ pada Allah pun kita hentam jer… Di sinilah saya belajar cara macam mana nak berdoa kepada Allah supaya apa kita nak dipermudahkan untuk dapat. Selama ni saya ingatkan IMKK ni ajar dunia jer, rupa-rupanya core penting yang kena belajar kenal Allah dulu. Submissions bila betul dan kuat, mintalah apa sahaja, Allah pasti beri. Syukur apa yang tulis dalam IMKK 2012 tu, hampir kesemuanya telah saya capai hari ni.


Kalau ikut logik akal, memang saya pun tak percaya apa yang telah dicapai hari ni. Sebab tu saya nak anda yang akan hadir IMKK ni buatlah betul-betul apa yang diajar oleh Mentor, toksah percaya! Korang buat ajer!
#3 Jaga Hubungan Dengan Orang Tua Kita
============


Ni part paling membasahkan lengan baju… Dr Azizan selalu tegaskan nak berjaya jaga hubungan dengan Emak Ayah kita. Yang dah meninggal kita sedekahkan Fatihah dan doa, yang masih hidup kita jaga dia elok-elok. Buat diorang gembira. Tugasan kami pulak masa tu untuk tulis surat kepada orang kita kasihi dan cintai sangat2. Maka saya memilih mak dulu untuk tulis satu surat minta maaf, halalkan setiap titisan susu yang dia berikan pada saya.

Di situ jugalah saya tulis untuk membelikan emak sebuah rumah yang sangat selesa dan syukur pada Allah tahun depannya iaitu 2013 saya dapat menyediakan sebuah rumah teres 2 tingkat untuk emak bersebelahan rumah saya jer.

#4 Syukur Tu Penadah Rezeki
=============
Perkara ni pun antara yang memberi saya kekuatan, apa sahaja Allah beri tak kira besar atau kecil perlu kita betul2 raikan kesyukuran. Bukan sekadar ucapan di mulut tapi meresap di hari rasa syukur tu…Syukur Ya Allah..Alhamdulillah… Jadikan rezeki kami semua rezeki yang barakah dan melimpah ruah….

#5 Set Matlamat Dengan Sistem Kepercayaan Yang Betul
=============
Saya pun follow macam orang lain sebelum ni untuk tulis matlamat tapi payah betul nak capai. Korang pernah ada rasa tu? Ada kan? Yup.. tulis sahaja tak cukup kuat untuk capai kalau SISTEM KEPERCAYAAN kita tak selari dengan apa kita tulis tu. Macam mana nak capai kalau sistem ‘software’ kita reject perkara2 tu? Sebab tu formula BE DO HAVE dalam IMKK ni penting bg korang yang betul2 nak capai kejayaan tu.
Cara kita berfikir akan pastikan apa kita nak mudah tercapai… eehhh payahlah nak explain. Korang registerlah terus masuk IMKK tu!
Alhamdulillah banyak perkara yang saya nak capai sebelum ni, betul2 jadi mudah capai lepas amalkan apa prinsip ilmu yang diajar dalam IMKK

Perjalanan saya tak tamat di situ…
Kesilapan yang saya lakukan adalah tak teruskan belajar lagi dan belajar sampai habis…
Sehingga 2015 saya tak masuk lagi mana-mana kelas Dr Azizan Osman, menyebabkan bisnes saya stuck pada satu level. Nak keluar dari level jualan RM80,000 sebulan saya tersangkut.
Akhirnya saya buat keputusan untuk JOIN semula IMKK, kali ni bukan seoarang tapi saya bawa team saya 3 orang.

IMKK Feb 2015 pun menjadi satu lagi titik GAME CHANGER saya apabila saya buat keputusan menyertai Titanium Partners ( sekarang Titanium Circle ) yang kali pertama ditawarkan kepada semua peserta IMKK. Masa ni pun saya masih lagi duduk seat paling belakang dan general. Jimatlah kononnya… terbayang jugak, best nya kalau dapat duduk paling depan.
Apalagi terus buat keputusan join titanium walaupun masa tu saya pun tak pasti entah boleh bayar sampai habis ke tidak. Tapi dalam hati saya, saya dapat rasa kalau ada Mentor yang membimbing dan boleh bagi nasihat direct pasti akan mudahkan bisnes saya dan boleh dapat hasil berbeza.
Kalaulah saya tak buat apa-apa atau tak join, pun hidup takkan berubah!


Mungkin ramai yang ingat mereka yang join Titan ni memang berduit, sebenarnya silap tu. Bila saya berada dalam circle Titanium baru saya sedar kebanyakan student Dr Azizan asalnya tak berduit. Diorang join satu program demi program dan perlahan2 buat duit. Dari situlah bila dah berjaya satu level diorang terus ke level paling atas untuk dapat bimbingan direct dengan menyertai titanium ni.
Tapi semuanya bermula dengan IMKK dulu kan! Masuk dulu IMKK perbaiki benda paling asas dalam diri baru akan tahu untuk ke next level tu… Saya anak kampung pun boleh, saya yakin korang sumer pun pastinya boleh!
Saya sangat-sangat bersyukur dari ILMU IMKK ni merubah banyak perjalanan hidup saya, dan orang yang paling saya hargai adalah mentor saya Dr Hj Azizan Osman yang banyak membimbing dan menasihati saya secara direct serta banyak memberi peluang untuk saya capai NEXT LEVEL dalam hidup.
Setakat ini pun dah lebih 10x saya menyertai IMKK bersama Team Momentum Internet untuk saya dan team sentiasa dalam keadaan HIGH ENERGY dan positif.

Apa yang membezakan kita dengan orang sebelah kita? Ilmu yang dimiliki…
Ilmu yang banyak juga menetukan samada pendapatan kita rendah atau tinggi.
Satu jer pesan saya, cari ilmu ni…dapatkan…praktiskan…
Pencapaian sekarang di tahun 2018
Alhamdulillah berkat ilmu yang bermula di IMKK, hidup saya berubah 360 darjah. Ada banyak sangat pencapaian yang saya tak dapat bayangkan sebelum ini berlaku pada hidup saya.

Saya bersyukur kerana masih dipilih untuk berada dalam circle mentor tercinta iaitu Azizan Osman Titanium Premier untuk tahun ke 4.




Jika anda adalah salah seorang dari 10,00 peserta IMKK terakhir Nov 2018 , saya advance kan ucapan TAHNIAH kepada anda, saya doakan mudah mudahan anda diberikan KEJAYAAN dunia akhirat !
Apa? Belum daftar? Daftar lah cepat kat link ni —> www.imkk2018.com
Salam KEJAYAAN!
#IMKKNOV2018
#ThisIsTheEnd
#LastIMKK