fbpx
blog najib asaddok

Guna Facebook Page Untuk Bisnes Online. Ni Ada 9 Sebab

Guna Facebook Page Untuk Bisnes Online. Ni Ada 9 Sebab

Penat gila nak dapatkan pelanggan dalam bisnes online ni. Kena buat macam-macam. Betul?

Saya pernah kena halau. Pernah kena hina. Pernah kena tipu. Saya tahu sakitnya macam mana.

Teringat dulu, saya datang sekolah ke sekolah untuk jual penapis air. Bawak kehulu kehilir. Dah ready nak buat demo ni. Last-last kena halau. Sakit beb..

Lagi sedih bila balik rumah, isteri tanya macam mana. Ada sales? Nak bayar kancil yang selalu tertunggak lagi. Ya Allah, sedih sangat waktu tu.

Anak dan isteri lah penguat untuk saya bangkit. Saya mula tengok dunia luar. Saya explore macam-macam.

Sampai saya terjumpa guru dan juga ilmu untuk bisnes online ni. Mula-mula tu, memang sakit nak buat. Tapi apa yang saya buat dan fahamkan adalah Facebook Page.

Ni salah satu tools/ cara yang Mark Zuckerberg sediakan untuk orang berbisnes.. Godek punya godek.. Laaa.. Serius banyak gila function.

Button dia banyak giler! Tapi benefit dia lagi berlambak.

Korang nak tahu apa yang saya dapat? Meh sini saya citer!

  1. Unlimited follower

Haa.. Ni maksudnya kita boleh ada follower banyak-banyak. Tak ada had pun.

Kalau guna personal, kan ada limit boleh berkawan seramai 5,000 orang jer. Tu pun kalau orang, kalau lah sebenarnya tu robot?

Haa.. Sebab tulah korang kena buat Facebook page ni. Kita kena buat ramai orang kenal bisnes kita. Tak leh lah kawan-kawan sekeliling je..

Payah giler nak jual dengan diorang. Saya tahu lah.. Saya pernah buat dulu!

  1. Tapak kedai FREE!

Haa.. Yang ni tak masuk akal! Saya terkejut bila Facebook page ni free jer.

Parking dekat mall pun kena bayar, ini kan tapak kedai!

Serius tak kena bayar pun. Beratus ribu page korang buat, tak kena charge pun! Tapi bila korang guna servis dia, memang kena bayar.. Contoh nya yang korang panggil iklan tu.. Atau nama lain Ads.

Ehhh.. Satgi saya sambung dekat point seterusnya ye..

  1. Shareable

Kita boleh share apa-apa content dalam Facebook page! Serius yang ni best..

Gambar boleh, video boleh, link boleh.. Dan live pun boleh! Dulu masa awal-awal wujud function live tu kan.. Tak ramai tahu macam mana nak guna. Tapi teringat satu video yang saya selalu kongsi dalam kelas.

Berapa ratus ribu yang tengok dia gelak! InsyaAllah ada rezeki, saya nak share dengan korang juga.

Tapi yang penting, Facebook ni jaga hak milik hasil seni orang lain. Copyright dalam Facebook sangat ketat. Walaupun korang terbuka lagu sikit, memang Facebook akan detect. So hati-hati ye.. Kita jaga hak cipta orang lain juga.

  1. Bina fans

Haa.. Walaupun korang bukan retis, korang boleh ada fans tau! Acah-acah orang kenal. Kena lah jadi famous.

Tapi bukan nak gila glamour, sebenarnya kita nak buat orang suka dan stay dengan kita.

Sebabtu korang kena ada content dalam Facebook page korang.

Pelawak pun perlu buat lawak untuk orang setia dan follow dia rapat. Inikan kita yang baru nak mula. Orang tak kenal lagi..

  1. Mudah tukar fans kepada pelanggan

Korang rasa boleh ke? Fans jadi pelanggan?

Serius mudah! Kalau korang tarik pelanggan yang betul. Korang buat dia follow korang setiap hari. Kalau boleh sampai perangai korang pun diorang boleh kenal lah..

Bila korang keluarkan produk/ servis. InsyaAllah mereka akan beli. Sebab mereka adalah potential customer. Kita dah bina hubungan rapat dengan diorang..

  1. Boleh bina trust dengan brand sendiri

Saya tahu ramai yang macam tak leh brain kan? Kalau jual produk orang macam mana?

Sebenarnya korang kena ada nama bisnes sendiri. Korang tak bolehlah follow nama product. Risau kena block sebab copyright jenama orang.

Dan dari sini kita nak bina kepercayaan dalam diri pelanggan. Jenama orang maybe dia yakin dan percaya. Tapi adakah dia yakin produk jenama tu akan sampai depan mata dia?

Boleh percaya dengan seller? Haa.. Sebabtu korang kena kuatkan content dalam Facebook page ni. Kalau boleh, buat lah live…

  1. Boleh tarik pelanggan

Ni best. Bila pelanggan ada, sales pun ada! Betul tak?

Sebenarnya korang boleh tarik pelanggan datang ke Facebook page korang. Mark siap bagi peluang untuk kita pilih sendiri siapa pelanggan kita.

Korang kena tahu, yang bukan semua orang dalam dunia ni pelanggan kita tau! Korang kena kenal siapa diorang sebenarnya… Nak cerita kat sini, tak habis point saya.. Hehhehe.. Next time ye!

  1. Boleh buat iklan

Kalau korang nak tahu, Facebook page SAHAJA yang boleh buat iklan tau. Facebook personal tak boleh!

Haa.. Mana yang nak buat marketing dengan lebih cepat, korang kena guna Facebook Ads.. Tekan je bahagian ads manager. Beribu button lagi yang Mark bagi.. Tekan lah ikut suka!

Ehh.. Tapi korang kena pandai gunakan tau. Jangan main ikut suka. Habis melebur duit nanti!

  1. Boleh kumpul database

Dan yang terakhir, korang boleh kumpul database.

Database ni apa? Haa.. Database ni maklumat pelanggan korang semua lah…

Korang dapat kumpulkan diorang dalam Facebook page korang. Korang boleh minta feedback direct terus dekat posting.

Sebenarnya korang kena manfaat kan apa specialnya Facebook page yang Mark Zuckerberg dah sediakan ni. Rugi tak guna tau.. Ini cara bisnes online yang betul.

Nak tahu lebih lanjut, dapatkan info di www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !