fbpx
blog najib asaddok

CARA PALING EFEKTIF UNTUK UP ENERGY EJEN / STOKIS CLOSING MORE SALES

ejen dan stokis

Saya tahu sekarang ramai founder sendiri pening macam mana nak handle ejen/stokis. Dengan stok produk tak terjualnya lagi. Semua benda anda sendiri nak kena fikir, daripada A sampai Z.

Kadang-kadang ada ejen/stokis pun macam hidup segan mati tak mahu. Kejap-kejap ada, kejap-kejap hilang.

Kalau semua benda nak harapkan anda. Meninggal beb! Takkan nak disuap jer?

Anda sendiri perlu ada ejen/stokis yang powerful. Tapi bila mereka dah bagus, bawa untung kepada anda, janganlah pentingkan diri tahu nak untung jer.

Kalau anda tak jaga kebajikan atau anda tak hargai pun apa yang ejen/stokis anda buat. Jangan harap mereka akan STAY dengan anda!

Lagi satu saya nak pesan, jangan pilih kasih! Yang bagus jer yang anda suka, yang biasa-biasa anda biarkan macam tu. Anda sebagai founder perlu jadi contoh yang terbaik.

Sebab tu saya nak kongsikan 5 cara untuk upkan energy ejen/stokis untuk closing more sales:

Selalu engage dengan ejen sendiri

Anda jangan ingat anda founder, anda tak perlu untuk berada di samping ejen anda.

Goyang kaki tunggu sales masuk. Sebagai founder lagi penting untuk anda sentiasa bertanya dan lebih bagus tahu apa mereka nak capai supaya hati mereka lebih senang untuk bekerja bersama anda.

Beri semangat/ galakan

Anda perlu berikan sokongan kepada ejen/stokis anda. Lagi-lagi mereka yang baru nak start atau tengah down.

Kalau mereka tengok anda down, mereka lagi down.

Sebagai seorang founder adalah leader yang pertama menjadi contoh kepada team, ejen dan stokis.

Kongsi tips closing sales

Sebagai seorang founder ini perkara penting untuk anda guide ejen anda.

Beri tips closing agar ejen anda mudah untuk closing pelanggan. Sediakan skrip juga.

Kalau anda bantu mereka, automatik anda pun dapat sales tinggi. Kan bagus kalau setiap ejen anda pandai closing. Betul ker betul?

Buat kelas latihan

Please buat training untuk ejen/stokis anda. Jangan biarkan mereka buat sendiri tanpa tunjuk ajar sebab mereka bawa brand anda.

So, mereka juga bertanggungjawab jaga brand anda. Anda nak ker disebabkan kecuaian anda sendiri brand anda buruk?

Training sangat penting kepada ejen/stokis supaya mereka sama-sama faham dengan apa yang nak dicapai.

Beri reward setimpal

Bila anda ada ejen/stokis yang buat sales yang tinggi. Apa kata anda hargai mereka dengan berikan reward yang setimpal dengan apa yang mereka berikan kepada anda.

Kalau mereka rasa dihargai, mereka buat sales lagi giler-giler untuk anda. Bukan takat sales meroket. Percayalah mereka akan sayang pada anda dan bisnes anda.

Sebab itu, bila anda sebagai founder buat semua perkara yang saya listkan ni. Saya yakin sangat. Ejen/stokis sangat sayangkan anda dan bisnes yang anda sendiri create.

Jom kejutkan semua ejen anda untuk join RPM kalini. Bukan setakat mereka boleh dapat strategi untuk naikkan sales sendiri, sales anda pun akan naik sekali tau.

Banyak yang saya nak share nanti. Terpulang lah kalau anda still nak ejen anda terus tido. Jangan salah kan mereka nanti kalau anda tak dapat sales langsung.

Kepada yang care dengan ejen mereka jom suruh mereka daftar di –> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !