fbpx
blog najib asaddok

BAIK KITA TAHU KITA BODOH DARI BUAT PANDAI TAPI AKAUN KOSONG TAKDER DUIT!

Baik kita tahu kita BODOH dari buat buat Pandai tapi akaun kosong takder duit! Bermula 2015 saya sangat faham tahap betapa bodohnya saya.

Nasib baik ada Guru/Mentor yang menerima untuk bimbing dan beritahu tahap kebodohan saya.

Betapa besarnya potensi diri saya yang saya tak tahu tapi untuk sebab Allah hadirkan petunjuk untuk beritahu.

Tahu tentang bodoh untuk apa? Untuk kita improve tahap ILMU, Kewangan, Bisnes, banyak IMPIAN boleh dicapai!

Tahu bodoh untuk tahu betapa kita adalah hamba Allah yang hina, tak layak pun terima apa Dia patut beri.

Tahu bodoh untuk kita sentiasa rasa rendah diri & BERSYUKUR setiap hari. Alhamdulillah saya yang bodoh ni rasa bersyukur sebab Allah beri saya petunjuk melalui Guru/Mentor saya Dr Azizan Osman.

Bila diberi peluang untuk mengimbau perjalanan saya ketika sesi Nak Ubah Hidup #NUH2019 saya dapat flashback betapa tidak ada apa-apa pun saya ketika tu.

Di depan 12,000 peserta saya ditanya soalan oleh mentor dan betapa bersyukurnya sebab banyak perkara saya dah capai dalam masa 5 tahun perguruan.

Dulu ketika Tak nampak masa depan, tak nampak jalan, harapan apatah lagi. Bila Allah beri kesedaran betapa penting ILMU, Alhamdulillah itulah yang memandu saya.

Diberi pulak “waze” melalui Guru/Mentor yang sentiasa akan beritau “Najib, salah jalan tu.. jangan belok! Teruskan! “

Hahhh ! Ko tak rasa beruntung ke? Asal silap jer terus dapat seruan. Asal takder idea jer terus ada yang beri idea.

Banyak jer mentol idea yang turun tapi tak tau mentol idea mana yang betul dan tak silap. Adanya Mentor dia beritahu “mentol idea” mana satu yang berkesan pada masa tu.

Amacam? Penting kan untuk tahu kita ni bodoh supaya kita lebih rendah diri dan menadah lebih banyak rezeki.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Guru/Mentor saya dan semoga Allah memberkati beliau dan keluarga beliau.

Terima kasih kepada isteri saya @iyzahrahiman yang sentiasa beri sokongan kepada saya untuk belajar dan praktiskan apa yang saya belajar sama-sama.

Bersedia ke untuk cari Guru/Mentor yang sedia beritau kebodohan diri?

Harap korang belajar sesuatu.

www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !