fbpx
blog najib asaddok

AWAS!! Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Pada Tahun 2021 Kalau Korang Nak Selamatkan Bisnes Dan Masa Depan Korang.

Jangan Buat 5 Perkara ni Kalau Taknak Bisnes Tutup

Jangan sesekali buat kesilapan ni kalau korang nak berjaya pada tahun 2021. Kesilapan yang korang buat  pada tahun 2020 tu janganlah ulang balik. Nanti lagi teruk pulak bisnes korang nanti. 

Tahun baru, azam yang baru dan juga korang kena bertaubat dengan kesilapan yang korang buat pada tahun 2021 ni.  Jadi apa kesilapan itu? Tahu ke tahu?

Jom lah baca! Nanti bila bena dah buat silap. Salahkan orang lain.

Matlamat akan bantu korang beri gambaran apa yang korang nak capai dan bila korang boleh capai. Tanpa matlamat yang jelas, korang akan rasa lost sebab korang tak tahu nak buat apa.

Korang tak akan dapat nak rancang apa yang korang kena buat dan bila korang boleh nak capai matlamat korang. Betul ke betul? 

Jadi fokus gaiss. Fokus dan kenal apa yang korang nak capai supaya korang boleh rancang apa yang korang boleh buat untuk capai impian korang.

Korang tahu ke tahu apa yang ramai pelanggan minat sekarang ni? Asyik nak tahu pasal benda tenikal tu cukup ke? 

Bukan nak kata salah kalau korang nak tahu tentang benda teknikal tapi apa gunanya kalau korang tahu tentang benda teknikal seperti cara set up FB page tapi korang tak faham pelanggan korang?

Bila korang tak ikut trend korang akan ketinggalan dan korang akan follow cara yang lama. Pelanggan korang tak akan layan korang sebab mereka akan bosan sebab korang tak ikut trend dan asyik guna cara yang lama jer.

Sebab trend/minat pelanggan ni akan berubah mengikut masa dan korang mesti peka terhadap perubahan trend supaya korang boleh tahu dan faham apa yang pelanggan/followers korang nak. Lagi senang untuk korang nak close diorang nanti. Faham ke faham ni?

Masih ada lagi usahawan yang tak onlinekan bisnes diorang. Lebih teruk lagi, ada yang masih tak nak onlinekan bisnes diorang.

Sama ada diorang ni sedar atau tak, mereka sedang bunuh bisnes mereka ni secara senyap-senyap. 

Ramai pelanggan sekarang lagi minat nak beli barang secara online dan hampir kesemua produk dah pun boleh dibeli melalui platform online.Cepat-cepat ubah cara korang buat bisnes sebelum  bisnes korang ni meninggal. 

Terlalu ramai usahawan sekarang ni ingat yang apa yang mereka belajar ni dan mereka ni SILAP! Mereka ingat ilmu tu boleh guna sampai bila-bila. Memang boleh guna tapi tak cukup.

Bila tiba jer bab ilmu ni, dia tak ada had. Siapa pun boleh cari dan timba ilmu. Tak kira usia dan jantina.  Ilmu ni tak pernah pilih kasih pada sesiapa pun. Kita jer yang ada sikap tu. 

Korang pun kena sedar yang bila korang ni belajar benda yang korang tak tahu, korang akan dapat benda yang korang tak pernah dapat.  Faham ke faham ni?

Buat bisnes sekadar nak dapat untung jer! Jangan harap la yang korang ni boleh berjaya dalam bisnes. Kenapa? Sebab korang pentingkan diri sendiri. 

Ye lah, habis tu  asyik fikir nak dapat untung dan lupa yang sepatutnya usahawan ni kerja dia adalah untuk bantu orang.  Tapi bila kita fikir nak bantu diri kita jer. Boleh ke boleh kita berjaya dalam bisnes kita? Boleh ke boleh ?…

Ingat the more you give, the more you will get. Lagi banyak benda baik dan benefit korang berikan pada pelanggan korang. Lagi banyaklah berkat yang korang akan dapat. 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !