fbpx
blog najib asaddok

Apa Nak Buat Bila Sales Slow?

Apa Nak Buat Bila Sales Slow

Siapa dekat sini kenal usahawan yang kusut atau tak boleh tidur malam sebab fikirkan sales yang tak naik-naik? Dia rasa macam dah buat semua benda tapi hasilnya tetap macam tu je.. Tak ada perubahan.

Ye la, siapa je tak stress bila stok banyak lagi tak terjual, tersorok bawah katil sampai expired, berlonggok-longgok dekat stor dan tak bergerak walau seinci pun.

Ini menyebabkan usahawan stress, tak berhenti fikir apa nak buat, kenapa jadi macam ni.. Sampai overthinking dan buat conclusion sendiri..

Jadi, korang nak ke nak saya share pengalaman saya sendiri tentang kenapa sales tak meningkat secara konsisten setiap bulan? Pastikan korang baca sampai habis ya..

1. Tidak Betulkan Niat

Kenapa sales tak naik? Salah satunya sebab kita tak betulkan niat berniaga. Dalam Islam kita sentiasa di ajar, setiap amal itu bermula dengan niat.. 

Kalau niat kita tu betul dan bagus, insyaAllah, Allah akan mudahkan apa sahaja urusan kita terutama sekali dalam bisnes. Jadi, kita fokus untuk bantu pelanggan dulu, baru la duit tu akan kejar kita. Boleh ke boleh ni?

2. Bagaimana Nak Melayakkan Diri Capai Impian

Dalam hidup ni, Allah swt tak akan beri apa yang kita, Dia akan beri apa yang kita layak. Jadi macam mana kita nak pastikan diri kita layak untuk capai impian?

Usahawan kena sediakan roadmap, tuliskan apa benda nak capai dan pastikan impian yang ditulis tu bukan diri sendiri tapi untuk manfaat ramai orang. Baru la apa yang kita tulis tu melayakkan diri kita untuk capai impian.

3. Tak Guna Kebengangan Untuk Capai Kejayaan

Punca utama sales tak naik ialah usahawan tak gunakan kebengangan yang dia ada untuk capai kejayaan. 

Bila ada orang yang tekan kita, hina dan caci.. Masa ni la kita gunakan benda tu untuk REVENGE atau capai kejayaan yang lebih besar sebab bengang tu adalah tekanan. 

Situasi ni sama la macam masak nasi, kalau tak ada suhu yang cukup panas untuk memanaskan dia, tak masak nasi tu..

 

4. Tak Nak Cari Ilmu

Kesilapan ramai usahawan tak capai sales yang bagus adalah dia malas nak cari ilmu. Dia ingat zaman belajar dah habis, zaman sekolah dan universiti dah habis.. 

Jadi dia fikir kenapa pula masa berniaga ni nak kena belajar? Haaa, sebab tu la sales tak naik dan masih biasa-biasa sebab puncanya usahawan sombong dan tak ada mentaliti untuk cari ilmu. 

5. Tak Cari Guru

Kalau kita tengok secara logik, mana ada orang dalam dunia ni kita hidup sorang-sorang, mana boleh dalam dunia ni kita hidup tak perlukan bantuan orang lain yang boleh beri tunjuk ajar kepada kita. 

Memang tak ada ya sebab dalam dunia ni sangat penting untuk kita nak berguru, pergi belajar dan tingkatkan lagi ilmu. Baru la apa yang kita buat dan usahakan tu tercapai. 

Jom dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA!!

Boleh dapatkan di → www.NakBimbingan.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !