fbpx
blog najib asaddok

Alibaba Buat Sales $25.4 Billion Sehari. Biar Betul?


 

Semalam 11.11, hanya sehari jer, Alibaba Group adakan Promosi Sempena Singles’ Day diseluruh dunia melalui semua platform dan anak syarikat bawahnya. Dalam masa 24jam jer, jumlah sales terkumpul untuk Kempen Promosi Sempena Singles’ Day adalah sebanyak $25.4 BILLION USD!

Wow bapak besar jumlah sales dia. Alibaba Group, walaupun dah jadi syarikat multi-billionaire pun masih buat teknik “PROMOSI SEMPENA”.

Dalam masa 12jam, sales 11.11 semalam dah melepasi jumlah sales tahun 2016. Korang boleh bayangkan betapa gila-gila Jack Ma buat marketing.

Ok, Alibaba adakan kempen sempen Singles’ Day ni sejak tahun 2009. Jom kita tengok track record sales sempena Singles’ Day ni:

2009 : $0.05 Billion USD
2010 : $0.14 Billion USD
2011 : $0.82 Billion USD
2012 : $3.06 Billion USD
2013 : $5.80 Billion USD
2014 : $9.00 Billion USD
2015 : $14.3 Billion USD
2016 : $18.0 Billion USD
2017 : $25.4 Billion USD

Amacam peningkatan dia? Memang MEROKET naik sales dia.

Tapi apa sebenarnya yang dia buat sampai sales dia boleh meroket canak naik ni?

Haa, ada beberapa point yang anda boleh ambil pengajaran dari hasil teknik PROMOSI SEMPENA ni gaya ‘Alibaba Bujang Lapok’. Nak tahu ke nak tahu ni? Oklah..

1. Jangan berhenti marketing
2. Jangan kedekut belanja untuk kos marketing
3. Teruskan kumpul database tanpa henti
4. Sentiasa cari ruang untuk kembangkan bisnes
5. Sentiasa kenalpasti siapa pelanggan sebenar
6. Sentiasa upgrade dan update knowledge dan teknologi
7. Team bisnes yang ada ilmu dan skill yang tinggi

Sebenarnya banyak lagi, cuma 7 point diatas ni merupakan elemen terpenting untuk bolehkan bisnes hasilkan jualan yang tinggi. Boleh bayangkan kalau salah satu diatas tu tak buat? Semuanya saling melengkapi. Kurang satu, ia akan menarik yang lain jatuh.

Eh, jangan ingat anda walaupun bisnes kecil atau baru nak up tak boleh buat macam Alibaba buat. Dulu diaorang pun mula macam korang juga, kecil-kecilan.

Terinspired dengan story ni? PROMOSI SEMPENA jer pun, tapi penangan dia.. Silap-silap stok korang tak cukup derr..

Dah-dah, sambung buat kerja. Tapi sebelum tu, tolong LIKE & SHARE dengan kawan-kawan lain ya..

#roketcontent
#momentumbisnes
#alibababujanglapok

Nota kaki / Foot Note

.
1. Semalam 11.11 merupakan tarikh bagi sambutan Hari Bujang, ataupun Singles Day bagi masyarakat di China kerana faktor nombor ‘1’ yang melambangkan seorang, bujang. Tradisi ni sudah menjadi sambutan bagi golongan muda di china sejak 1993 lagi.

2. Memandangkan Singles Day merupakan sambutan tahunan yang menjadi trending golongan muda di China, Alibaba Group yang diasaskan oleh Jack Ma menganggap ini adalah peluang untuk buat ‘promosi sempena’ yang sangat berkesan.

3. Kalau brand / bisnes dah kuat, buat promosi sempena tak perlu tunggu tarikh gaji orang ramai.

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !