Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home #roketcontent

5 PERKARA YANG ANDA PATUT ELAKKAN SEMASA BERSAING

Mohd Najib by Mohd Najib
April 4, 2019
in #roketcontent, Online Rocket Marketing
0 0
0
5 PERKARA YANG ANDA PATUT ELAKKAN SEMASA BERSAING
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bisnes, setiap tindakan kita itu ada yang akan menilai. Sekiranya anda rasa best buat begitu, jangan disangka Allah sedang menilai bisnes anda.

Dalam bisnes, pilihlah cara yang baik dan terbaik untuk naikkan bisnes. Tapi pilihan terbaik tu kadang-kadang kabur.

Jadi, apa yang perlu anda elakkan semasa anda bersaing?

Kat sini ada beberapa tips yang anda boleh praktikkan. Kalau anda dapat kawal, insyaAllah bisnes anda Allah akan muliakan dan pendapatan yang kongsikan bersama ahli keluarga dan team InsyaAllah diberkati.

So, anda boleh lihat pada setiap gambar sebagai sama-sama kita beringat antara satu sama lain.

Bisnes kita walaupun benda yang sama kita bisnes, kita perlukan antara satu sama lain. Market yang anda ceburi tu sangat luas dan rezeki Allah tu lagi luas.

InsyaAllah, kita matang dalam bisnes sama-sama..

Ada segelintir usahawan yang suka memburukkan bisnes lain melalui mulut sendiri. Kalau tak guna mulut, dia guna tulisan yang bersifat memang nak jatuhkan.

Sebenarnya tak baik kalau andai terdetik niat kita nak jatuhkan bisnes orang lain dengan apa cara sekalipun.

Andai benar bisnes orang itu salah, gunakan saluran yang betul, buat laporan pada pihak berkuasa supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

Andai bisnes itu betul, legit dan ikut undang-undang, risaunya bukan manusia yang jatuhkan bisnes kita, tapi Allah yang jatuhkan sebagai balasan kita tak jaga keberkatan tangan atau mulut sendiri.

Elakkan dari bersangka buruk terhadap bisnes orang lain.

Dalam bisnes. persaingan siapa cepat dia dapat menjadi keutamaan.

Sebagai owner bisnes, speed atau kepantasan dalam setiap perkara menjadi perkara yang sangat penting.

Janganlah disebabkan pesaing buat begitu atau begini kita dah anggap dia nak jatuhkan bisnes kita.

Ingat, manusia takkan dapat beri rezeki atau larikan rezeki kita melainkan semuanya dengan izin Allah.

Tak perlu terlalu bersangka yang bukan-bukan.

Kita upgrade, update dan upskill bisnes, marketing, sales dan banyak aspek lagi dalam bisnes, insyaAllah, bisnes kita akan MEROKET jauh..

Perkara paling bahaya dan benda yang akan menjadi hujah kita tak dapat masuk syurga adalah fitnah yang kita sebarkan tanpa kita tahu atau selidik dahulu asal usul.

Ada 2 perkara yang menjadi perkara penting sebelum anda bertindak apa-apa.

Pertama, siasat dulu punca, sebab atau apa point sebenarnya yang menjadi satu-satu isu.

Kedua, jangan sebarkan sekiranya kita tak pasti samada benar ataupun salah.

Untung sabut, kita benar tapi sejauh mana ketepatan maklumat yang kita peroleh tanpa kita berjumpa atau bertanya secara langsung pada sumber?

Rugi pula kalau kita sebarkan suatu perkara dah akhirnya ia mengundang fitnah dan salah faham masyarakat.

Jadi, bisnes anda WAJIB elakkan dari perkara sebegini. Ia hanya mengundang bala dan kemurkaan dari Allah.

Tipikal usahawan, ada juga yang sanggup jatuhkan pesaing untuk naikkan jenama / bisnes sendiri.

Sebenar tak elok kalau kita habiskan usaha, kudrat nak jatuhkan pesaing sedangkan usaha dan kudrat tu juga kita boleh usaha naikkan jenama / bisnes sendiri.

Satu mungking boleh puaskan hati sendiri bila pesaing jatuh. Tapi satu lagi kita boleh puaskan hati BIG WHY kita bila kita naik atas usaha dan strategi yang berkesan.

Bisnes yang nak menjadi pesaing yang baik bila kita dapat bezakan bisnes kita dengan pesaing kita.

Apa unik bisnes / jenama kita?
Apa kelebihan produk kita?
Apa istimewanya jenama kita?
Apa yang sebabkan orang pilih kita?

Semua ni kalau anda dapat jawab, sebenarnya anda sedang mencari value yang terbaik untuk anda berikan pada prospek atau pelanggan anda.

Akhirnya, prospek dan pelanggan akan buat keputusan berdasarkan apa yang bisnes / jenama yang boleh tawarkan.

Jangan burukkan pesaing tapi carilah perbezaan yang positif yang anda boleh yakinkan orang.

Lebih baik, lebih terhormat. Orang akan lebih percaya pada bisnes / jenama anda.

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
NAK TAHU CARA BASIC TULIS CONTENT YANG SIMPLE TAPI PADU?

NAK TAHU CARA BASIC TULIS CONTENT YANG SIMPLE TAPI PADU?

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In