fbpx
blog najib asaddok

2 Atom Hidrogen + 1 Atom Oksigen

2 Atom Hidrogen + 1 Atom Oksigen

Hari ni saya nak share dengan tentang susahnya belajar dan menuntut ilmu ni berterusan sampai bila-bila termasuklah ilmu perniagaan yang diajar oleh suami saya. 

Contohnya ilmu macam mana nak naikkan jualan, nak atasi masalah team, macam mana nak kembalikan semula semangat dalam bisnes. 

Sama je semua situasi dengan anak-anak kita sekarang yang masih belajar cuma yang membezakan adalah saya dulu anak orang susah yang belajar manakala anak saya sekarang berada di tempat anak orang senang yang belajar..

Subjek matematik sekarang ni tak sama macam dulu tau sebab sekarang ni darjah 4 dengan 5 dah level yang kita belajar tingkatan 1, 2, 3 dulu.

Saya selalu tekankan pada anak-anak saya hafal sifir untuk kuasai matematik. Bila mereka hafal sifir 1 hingga 12, kita dah tak perlu risau. InsyaAllah seiring dengan masa mereka akan pandai matematik. 

Kadang-kadang anak saya tanya kenapa kena belajar matematik? Saya akan jawab dah besar nanti nak kerja apa saya tak kisah tapi matematik kena pandai.

Nombor tak pernah menipu contohnya bila korang nak tahu revenue tahunan, kenaikkan jualan bisnes, kos yang diperlukan, keuntungan bisnes. Semua ni nombor..

Anak-anak tak tahu tentang pentingnya benda ni sebab tu kita sebagai ibu bapa kena didik mereka daripada awal supaya mereka tak akan ketinggalan jauh daripada orang lain.

Banyak lagi tips yang saya nak share dengan korang semua.. Saya akan cerita pengalaman saya dengan lebih lanjut dalam video yang saya berikan ni.. Jom tonton sampai habis.

Saya dan Team Momentum serius nak bantu korang naikkan jualan bisnes. Jom bertindak sekarang dengan jadi yang terawal untuk rebut peluang pada 28 September 2021 dari kami di —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !