Blog Najib Asaddok

Platform apa yang Sesuai?

Platform apa yang Sesuai ? : 3 Platform Sesuai untuk Bisnes Online

Terasa susahnya nak mulakan bisnes online. Bila sebut tentang bisnes online, platform apa yang sesuai? Nampak macam simple tajuk yang saya nak kongsi hari ini.

Sekarang kita banyak bagi perhatian pada media sosial. Nak buat bisnes pon kena up-to-date. jadi apa yang anda kena buat?  Kali ini saya nak terangkan Tiga Platform Sesuai Untuk Bisnes Online dan sebab-sebabnya.

 

 

Facebook

1. Facebook

Dengan data terkini yang ada pada Januari 2023, kita dapat lihat bahawa pada kadar bertambah sebanyak 0.97%, kini terdapat kira-kira 28.18 juta pengguna Facebook di Malaysia. Dengan pengguna lelaki menyumbang kira-kira 51.34% dan pengguna perempuan sebanyak 48.66%. 

 

 

 

2. TikTok

Dengan data terbaru dikeluarkan pada Januari 2023, kita boleh lihat kira-kira 17.2 juta pengguna TikTok di Malaysia. Dengan pengguna lelaki menyumbang kira-kira 43.8% dan pengguna perempuan kira-kira 56.2%.

 

 

3. Instagram

Dengan data pada Januari 2023 untuk Instagram pula ada kenaikan sebanyak 1.07%. Kini terdapat kira-kira 15.05 juta pengguna Instagram di Malaysia. Bilangan pengguna lelaki lebih kurang 45.31% dan pengguna perempuan menyumbang kira-kira 54.69%.

 

Setiap platform ada kelebihan tersendiri bergantung kepada sasaran audiens dan jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Anda mungkin ingin pilih satu atau lebih platform berdasarkan sasaran market anda.

Tengok juga kemampuan untuk entertain audiens secara efektif. Jangan lupa juga untuk ukur prestasi dan kesan pada setiap platform dalam mencapai matlamat bisnes anda.

Sebelum tu, anda semua kena faham dulu artikel ni 3 Sebab Penting Kenapa Usahawan Kena Faham Matlamat Business barulah jelas nak tahu platform apa yang sesuai untuk bisnes online anda.

 Ok guys, cuba komen sikit apa lagi yang anda nak tau tentang marketing!

 

Reference:

Consumer Research Team. (2023, July 17). Social Media in Malaysia – 2023 Stats & Platform Trends. OOSGA. Retrieved October 5, 2023, from https://oosga.com/social-media/mys/ 

Facebook Comments
Exit mobile version