fbpx
blog najib asaddok

Wow! Sales Peniaga Pasar Malam Mencanak Naik Ke RM80K Sebulan

Wow! Sales Peniaga Pasar Malam Mencanak Naik Ke RM80K Sebulan

Baru-baru ni dah banyak kisah dan pencapaian yang saya dengar daripada anak murid saya.. Gembira tu tak tahu lah nak cakap macam mana sebab saya nampak sendiri struggle mereka ni macam mana dengan bisnes tak ada sales, pelanggan semakin berkurang dan ada juga yang tak dapat teruskan bisnes disebabkan PKP.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, saya bantu selesaikan masalah mereka dan sekarang satu persatu kejayaan datang.. Kalau saya cerita ni mesti korang terkejut.. 

Sales Peniaga Pasar Malam Mencanak Naik Ke RM80K Sebulan

Tuan Ali Hanafiah bin Basri ni dah 18 tahun berniaga jual gadget di pasar malam, pasar pagi dan uptown. Korang rasa time PKP ni peniaga pasar malam boleh survive ke? Mesti la bisnes mereka terjejas teruk sebab mana ada orang pergi jalan-jalan dekat pasar malam.

Tapi yang buat saya bangga dengan Tuan Ali ni dia tak putus asa.. Bila nampak bisnes hampir meninggal, dia cepat-cepat pergi kelas untuk belajar.. Bayangkan 18 tahun dia berniaga offline, mana dia tahu nak onlinekan bisnes ni macam mana..

Sales Peniaga Pasar Malam Mencanak Naik Ke RM80K Sebulan

Tuan Ali cakap dengan saya masa interview di FB Page baru-baru ni dia tertampar dengan kata-kata saya, “Bisnes ni kalau tak dionlinekan.. Bisnes tu akan meninggal” sebab tu dia buat keputusan untuk cari orang yang boleh guide dia dalam bisnes..

Sekarang dia dah berada dalam circle Platinum dan sales sebulan dah mencecah RM80,000. Hebat ke hebat? Seronok saya dengar pencapaian dia sekarang tapi saya tahu nak sampai ke tahap ni bukan mudah bagi dia..

Banyak cabaran yang dia dah lalui.. Hutang keliling pinggang, pernah sales sehari tak sampai RM50.. Macam mana dia nak bayar sewa tapak berniaga di pasar malam dan gaji pekerja? Tak cukup beb dengan sales ciput macam tu..

Sales Peniaga Pasar Malam Mencanak Naik Ke RM80K Sebulan

Tapi Alhamdulillah seronok saya dengar sekarang dia dapat pecahakn rekod sales dan saya nak share dengan korang benda betul yang Tuan Ali buat ialah cari GURU yang boleh bantu, dia onlinekan bisnes dan agresif buat Facebook Live untuk tarik lebih ramai pelanggan.

Siapa cakap berniaga pasar malam tak boleh onlinekan bisnes? Tuan Ali ni dah buktikan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Apa yang penting kita kena buat jer! Betul ke betul? Korang doakan ya semoga saya diberi kesihatan yang baik untuk bantu lebih ramai usahawan berjaya macam Tuan Ali ni..

Saya dan Team Momentum memang serius nak bantu korang selamatkan bisnes.. Apa kata korang daftar kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA) di —> www.NakTarikPelanggan.com dan pastikan korang ready dengan pelancaran kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) yang bakal dilancarkan pada 25 Februari 2021. Jumpa nanti!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !