fbpx
blog najib asaddok

Usahawan Tak Patut Tiru Kerja Gila Air Asia Dalam Marketing !

Saya rasa macam tak best selagi tak cerita perkara ni dengan anda semua pembaca blog saya ni. Ya! Situasi tahun 2017 ni ramai business owner dan usahawan yang mula mengurangkan BAJET pemasaran diorang. Ada kerisauan tentang krisis ekonomi. Ya memang betul dunia akan dilanda dengan situasi cabaran ekonomi setiap 10 tahun, tapi saya nak anda tahu macam mana AirAsia menangani masalah seperti ni…

Di saat krisis dan pelbagai cabaran Air Asia bertindak melawan arus, menambah bajet pemasaran lebih besar. Adakah ia satu kerja gila? Apa pun baca dulu story ni…

Meh baca ni supaya anda terinspirasi dan makin bersemangat dalam kerja pemasaran bisnes anda

Ini nasihat dari Tony Fernandes, Founder Tune Air Sdn Bhd yang juga pengasas Air Asia.

 

POINT 1 Laburkan Pada MARKETING, Laburkan Pada MARKETING

Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong, tolong bajetkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea hebat anda.

Di luar sana, terlalu banyak idea yang hebat, tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing.

Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public Relation, PR). Dalam AirAsia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya. Itu marketing AirAsia pada peringkat awal.

 

Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut.

Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka ketika itu bisnes kami akan mati.

 

 

Semua orang kurangkan bajet marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan bajet marketing sebab inilah masa paling sesuai untuk naikkan jenama kami. Kami tingkatkan bajet marketing kami 3x ganda ketika itu dan ramai kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.

 

 

 

Masa pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu cancelkan penerbangan mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita mesti teruskan penerbangan ke sana.

 

Jadi, kami buat satu kempen ‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat berkesan. Kesemua 10,000 seat habis diambil orang dalam masa seminit. Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.

 

POINT 2 Gunakan Media Sosial Sepenuhnya!

 

Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu 10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal bagaimana AirAsia boleh masuk ke media sosial.

 

Jadi kami sedar tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook & Twitter datang, kami segera gunakan medium tersebut. Sekarang ini, kami dah ada 32 juta orang dalam beberapa platform media sosial dan 7% jualan bisnes kami datang direct dari media sosial.

Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.

 

 

POINT 3 Fokus Pada 1 IMEJ Dalam BRANDING

Ketika peringkat awal, AirAsia mempunya logo burung dalam branding.

Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej sahaja yang masuk dalam kepala kita. Bila kita sebut ’Shell’, kita fikir tentang logo Shell. Bila sebut “Coca-Cola”, anda fikir perkataan “Coke” dalam italic. Bila sebut tentang “Nike”, anda fikir tentang ‘tanda betul’.

Jadi, masa peringkat awal, kami tukarkan logo burung kepada ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya satu imej. Kenapa perlu belanja 2x ganda untuk 2 logo branding?

Kami juga hilangkan warna biru dan hijau. Saya berusaha untuk tak gunakan warna merah, sebab semua akan fikir saya nak jadi seperti Richard Branson (Founder Virgin Group & Frenandes former boss), tapi merah adalah warna terbaik, jadi kami pun pilih merah.

Jadi, ianya berjaya, pemilihan warna menyebabkan segalanya berubah.

 

PENGAJARAN

Jangan takut untuk melabur dalam pemasaran, sebab takder instrumen pelaburan yang boleh beri pulangan besar kecuali pelaburan pada marketing bisnes anda. Tapi kan risiko! Yerlah memang lah no pain no gain! Tapi kalau tak labur anda pun tahu bisnes anda tak ke mana. Cuba beranikan diri ambil tindakan, dah buat kerja kita, serah hasil/result tu pada Allah SWT. Banyak role model bisnes berjaya sangat2 menekankan pada kos pemasaran. Ikut jer contoh2 bisnes berjaya macam diorang.

 

Fokus anda lepas baca stroy ni ialah

  • Buat kempen pemasaran secara agresif untuk dapatkan hasil yang maksimum
  • Onlinekan bisnes anda, bina followers di social media
  • Bina brand anda sendiri yang menarik dan mudah orang ingat
  • Anda kena sesuaikan cara pemasaran dengan situasi semasa, pasti akan membuahkan hasil
  • Kena kreatif dalam kempen pemasaran & ada OFFER menarik. Tengok AirAsia sentiasa konsisten dengan kempen FREE SEAT.

Ok saya harap anda Like & Share story ni pada sahabat2 anda ya!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !