fbpx
blog najib asaddok

Trip Digital Marketing Momentum ke US (Part 3)

 

 

PART 3 – COMPANY BERMULA DARI ZERO, SEKARANG DAH MENJADI LEGASI..

Pagi lebih kurang jam 9.00 pagi waktu sini kami mula sambung perjalanan dari Santa Barbara terus ke San Francisco. Tapi sebelum sampai ke sana, kami singgah beberapa tempat yang menjadi perhatian kami.

 

 

Tempat pertama yang saya nak sangat pergi lawat adalah Garage (bangsal) rumah Steve Jobs masa dia mula-mula buat Computer pertama dia bersama Steve Wozniak. Kenapa dengan tempat ni? Ada apa?

Yerlah, saya kan peminat tegar Apple. Hampir semua gajet yang Apple keluarkan saya ada. Macbook Pro, Macbook, iMac, iPhone, iPod dan Apple watch semua saya ada. Raving fans.

Saya pilih tempat ni sebab nak tahu macamana feeling Steve Jobs ketika dia mula-mula wujudkan Apple. Biasanya bila kita travel ni kita boleh rasa sendiri apa yang dia rasa. Sebab saya pun owner bisnes macam Steve Job. Persamaan kami adalah kami mula dari ‘zero’. Siapa owner bisnes, dia akan faham feeling tu.

Rupa-rupanya Steve Jobs ni memang minat gajet dan barang-barang elektronik waktu dia kecil-kecil dulu. Pendedahan beliau pada dunia gajet dan elektronik lebih mendalam ketika beliau ke Hewlett Packard (HP) bentang kertas kerja untuk meminta beberapa komponen elektronik semata-mata untuk projek sekolah beliau.

Hewlett Packard sangat berminat dengan projek tersebut dan menawarkan pada Steve Jobs intership (latihan praktikal) di HP. Dalam HP Steve Job mula mengenali Steve Wozniak.

Steve Jobs sambung pelajarannya di Reed College, Portland tapi hanya bertahan untuk 1 semester sahaja disebabkan beliau ingin ke India untuk belajar budaya disana.

Setelah beberapa tempoh Steve Jobs di India, akhirnya beliau pulang kembali ke US. Beliau menghubungi Steve Wozniak untuk menyatakan kepulangan beliau dari India. Kebetulan pula waktu itu, Steve Wozniak sedang dalam proses membina Computernya sendiri dari kosong. Pada asalnya hanyalah sebagai hobi tapi Steve Jobs menganggap idea itu ada nilai komersil.

Dari situ terdetik dalam hati Steve Jobs untuk asaskan satu syarikat untuk merealisasikan hasrat dan idea bina komputer. Dengan hanya berbekalkan $1,350 USD ketika itu (hasil sumbangan ahli keluarga dan jual kereta sendiri) akhirnya syarikat Apple tertubuh yang bermula hanya di bangsal rumah beliau.

Itulah serba sedikit kisah Steve Jobs yang sangat memberikan inspirasi kepada usahawan-usahawan seluruh dunia. Itulah brand story Steve Jobs, seorang individu yang akhirnya mengubah dunia, mengubah cara orang pandang Apple dengan nilai yang sangat mahal dan sangat berharga.

 

 

Setelah berada beberapa ketika disitu, maka kami pun berangkat menuju ke ofis Apple HQ, Infinite Loop di Cupertino.

 

 

Kawasan Cupertino ni ibarat daerah dan keseluruhan kawasan Cupertino ini penuh dengan ofis dan bangunan Apple. Memang terlalu bersepah bangunan Apple, kiri kanan semuanya penuh. Disinilah ofis kepada 123,000 orang pekerja Apple.

Bayangkan betapa besar growth syarikat Apple sejak 1 April 1976 hingga hari ini.

Perasaan saya sangat teruja, sangat inspired dengan growing syarikat yang hanya mula dari bangsal.

To be continue..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !