fbpx
blog najib asaddok

Tips Bina Copywriting Viral Tarik Ramai Pelanggan

Tips Bina Copywriting Viral Tarik Ramai Pelanggan

Copywriting yang baik dan menarik mampu menarik minat bakal pelanggan untuk membaca. Tapi, masalah yang sering berlaku dalam kalangan peniaga dan usahawan di luar sana ialah tak pandai nak tulis copywriting power. 

Puas dah menggaru kepala, termenung sana sini untuk tulis copywriting tentang bisnes, tapi tetap “fail”. Yang paling sedih bila dah try buat tapi tak ada siapa yang berminat nak baca. 

Nak buat sesuatu copywriting, anda tak boleh main suka hati tulis je. Anda perlu tahu apa tujuan anda tulis. Takkan nak rugikan masa masa tanpa ada tujuan yang betul kan. Saya nak bagi lima tips untuk bina copywriting yang mampu viral dan tarik ramai pelanggan. Nak ke nak? 

Fokus baca sampai habis tau.. 

  1. Target Pelanggan

Penting untuk tahu siapa target sasaran pelanggan sebenar bagi produk anda. Produk anda tuju pada siapa? Lelaki atau perempuan. Nak target pada golongan umur berapa. Ni semua penting. Kan rugi kalau salah target. Sia sia je otak ni berfikir nak tulis ayat last last terbazir macam tu je. 

  1. Masalah

Isu atau masalah apa yang bakal pelanggan anda hadapi. Sebab produk wujud kerana adanya masalah. Fokus untuk cerita apa masalah yang selalu berlaku pada pelanggan atau bakal pelanggan anda. Contoh kalau produk kecantikan, anda boleh cerita tentang kulit muka kusam dan sebagainya. 

  1. Kesan

Dari isu tadi baru anda boleh kritikalkan masalah yang wujud. Tujuan bukan untuk takutkan tapi itulah kenyataannya. Anda boleh terangkan kalau mereka tak buat tindakan, apa kesan yang mereka akan dapat pada kemudian hari. 

  1. Solusi

Bagi jalan penyelesaian pada masalah yang kritikal tadi dengan produk anda. Terangkan yang anda boleh bantu untuk selesaikan masalah mereka. Apa jalan penyelesaian yang anda boleh bagi dekat mereka untuk kurangkan rasa takut dan panik yang sedang mereka hadapi. 

  1. Tindakan

Akhir sekali, barulah bagi link whatsapp atau lain- lain yang mudah untuk pelanggan nak dapatkan produk anda. Kalau boleh, mudahkan mereka untuk buat pilihan  dan buat tindakan seterusnya. Senang cerita, mudahkan proses. 

Bila anda dah follow dan tahu apa step untuk buat copywriting ni, baru lah mudah untuk anda fikir dan pilih ayat yang sesuai. 

Anda dapat sesuatu?

Nak lagi info yang bermanfaat? Jom join channel telegram di www.TelegramNajib.com untuk dapatkan info yang terbaru. 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !