fbpx
blog najib asaddok

Tiap Kali Posting Mesti Sendu? Gunakan 3 Tips Ni Untuk Bantu Anda

Tiap Kali Posting Mesti Sendu.. Gunakan 3 Tips Ni Untuk Bantu Anda

“Saya dah buat macam-macam jenis posting dah dekat social media saya tapi takda siapa pun like.. Yang like diri sendiri & pasangan je”

Sabar ya, tenang.. Korang selalu alami isu ni betul ker betul? Tiap kali posting mesti reach slow, takda yang komen dalam posting..

Sebenarnya posting anda mungkin tak menarik minat untuk orang lain membaca. Ada juga kemungkinan posting anda melambangkangkan produk semata-mata.

Orang kata “Hardsell”.. Haa macamtu, jadi kat sini ada 3 tips penting kalau korang gunakan dalam posting akan ada yang interact..

Ehh jap! Tapi janji dulu, pastikan share posting kali ni dengan kawan-kawan lain supaya dapat beri manfaat dan bantu selesaikan juga masalah rakan anda.

www.NakTarikPelanggan.com

  1. Copywriting Yang “Santai”

Dalam mana-mana jenis posting perkara utama sekali adalah ayat copywriting tu sendiri kena lebih santai. Ala kalau korang baca ni kan, rasa dia tak sama macam baca surat khabar atau artikel lain.

Sebab ayat yang digunakan lebih santai.. Macam tengah berborak gitu.. Hehehe. Ada 3 benda penting dalam setiap jenis posting yang perlu korang apply ya. Point dia ada dekat bawah ni.

  • Tarik perhatian dengan gunakan ayat headline yang memukau
  • Susun ayat supaya lebih teratur dengan struktur copywriting
  • Bagi ayat CTA untuk audience buat tindakan

2. Give Value

Setiap kali post, pastikan share value.. Bukan nak hardsell, kita nak menarik minat orang. Sebagai contoh korang buka mana-mana social media ataupun artikel mesti korang akan stop bila nampak info.

Korang akan baca info tu dan share pada kawan-kawan.. Yes, people actually perlukan input ataupun knowledge dalam posting. Tapi kalau posting korang tu sendiri cerita tentang produk kan tak best tu. Sebab tu la posting korang jadi slow

Orang nampak ni nak jual ni, bau salesman ni… Scroll lagi lah.. Haaa setakat ni faham ker faham?

3. Posting Yang Beremosi

Okay untuk jenis posting ni korang kena define sendiri emosi macam mana nak post.. Kebanyakkan kalau posting-posting yang viral korang tengok mesti ada emosi tersendiri.

Contohnya macam ada jenis posting yang kelakar, ada jenis posting yang sedih sebab bermain dengan isu keluarga macamtu.. Lagi-lagi zaman sekarang gunakan Emosi dalam video..

Fuhhh, mengalir beb air mata ni.. Dan benda ni paling penting yang semua orang perlu tahu supaya posting dia lebih menarik & boleh jadi viral.. Dalam RPM & ARB ada terangkan tentang perkara ni.

Ouh lagi satu, bagi korang yang meniaga korang kena tahu “People Buy With Their Heart, Not Their Head” .. Okay semoga bermanfaat posting ni. Jangan lupa janji korang ya untuk share ilmu ni dengan rakan-rakan lain..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !