fbpx
blog najib asaddok

Tebus balik silap waktu kecil untuk bina rumah family dekat Kampung

Puan Diana Dyan

Diana Dyan teruja akhirnya impian nak buat rumah mak dekat kampung tercapai…

Bila bercakap tentang Kisah Puan Diana Delany atau mesra dipanggil Puan Dyan ni, banyak kisah sedih dan pilu yang terjadi dalam kehidupan dia. Bayangkan, dia hampir nak bunuh diri sebab putus asa dan buntu dengan kemiskinan yang dihadapi. 

Dulu, bila teringat kisah waktu kecil, rumah yang dia dan keluarga duduk terbakar disebabkan silap dia bermain mancis sehingga satu keluarga terpaksa berpindah. Mak Puan Dyan tak tahan asyik dibawang oleh orang kampung. Akhirnya dia sekeluarga dapat rumah free dengan syarat perlu jaga dan bersihkan gereja berhadapan rumah tu. 

Gaji yang mak dia dapat masa jaga gereja hanya RM400 sebulan. Masa tu umur  Puan Dyan 3 tahun. “Tinggal setahun lagi kami bole tinggal rumah tu sebab owner nak robohkan buat dewan”, ujarnya. 

Sebab tu salah satu impian yang buat Puan Dyan paksa diri untuk berjaya ialah, nak buat rumah keluarga di kampung. Lepas berkahwin, ujian hidup datang bertimpa. Dia dibuang dan disisihkan keluarga selepas convert kepada islam. Dia sangat sedih dan terkilan. 

Beberapa tahun lepas tu, krisis rumah tangga pula berlaku. dia hanya mampu pendam sahaja sebab tiada siapa nak tolong dan dengar luahan. Dia hanya ada anak-anak sahaja. 

Puan Dyan terpaksa jual baju prelove anak untuk dapatkan duit. Perkara yang paling tak boleh dilupakan, dia terpaksa selongkar rumah untuk kumpulkan duit syiling sebab nak beli susu anak. Allahu… dapat bayangkan betapa struggle nya hidup Puan Dyan masatu. “Kalau saya tak buat waktu tu, anak saya nak makan apa”?

Anak-anak penguat semangat Puan Dyan untuk ubah nasib hidup dan keluarga. Dia nak buktikan dekat keluarga, yang dia pon boleh berjaya dan balas jasa mak ayah. Puan Dyan bermula dengan jadi dropship Produk Bengkung Sara Anna. 

Dia mengambil keputusan untuk join Program Roket Pemasaran Momentum (RPM) pada Jun tahun lepas. Itu pon sebab terinspirasi dengan sales yang rakan dia buat lepas join Program RPM. Lepas balik dari kelas, bermula lah journey Puan Dyan dalam bisnes. 

Banyak sangat win yang Puan Dyan dah capai. Tahun ni sehingga bulan September sales Puan Dyan dah capai RM3.6juta. Antara benda betul yang dia buat ialah start fokus pada B2B, perbetulkan diri sendiri buang ego dan buang sombong dalam kelas. Puan Dyan juga buat sesi coaching dan training dengan team sendiri. 

Bukan senang nak senang. Puan Dyan pon bermula dari dia susah. Tapi tengoklah pencapaian dia sekarang ni. Semua tu perlulah tindakan. Kalau tak mula sekarang bila lagi kan. 

Sebab tu saya nak anda semua ubah mindset dan tindakan untuk buat jauh lebih baik. Jom luangkan masa untuk join Program Roket Pemasaran Momentum pada 28 dan 29 November ni untuk kami bantu. Program selama dua hari ni boleh daftar di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !