fbpx
blog najib asaddok

Tanya Tentang Bisnes Online

Tanya Tentang Bisnes Online

#Tanya Tentang Bisnes Online.. Hai semua!

Ramai lagi yang kurang faham dengan bisnes online. Saya dulu pun kurang faham.. Apa yang perlu saya buat untuk tarik perhatian pelanggan secara online.

Saya cuba buat iklan, tapi hampeh.. Tak ada komen, like ataupun share.. Saya cari cara sampai saya faham.. Apa yang perlu untuk bisnes online ni.

Sebenarnya kita kena faham dengan bakal pelanggan, apa yang dia nak.. Apa yang buat dia datang dekat!

Yang paling penting, MARKETING + TARIK HATI PELANGGAN = CUSTOMER

Marketing bukan cerita sekadar produk! MARKETING adalah influence pelanggan.. How you communicate dan tarik perhatian pelanggan..

Marketing ada 2 Jenis, PERCUMA dan berbayar..

Terpulang pada anda nak guna cara yang mana.. Yang PERCUMA tak keluarkan kos, tapi banyak yang anda kena buat.. Lambat sikit result. Tapi kalau kena cara, insyaAllah mudah jer.

Berbayar, kena keluarkan kos tapi senang nak sampai pada pelanggan. Cumanya kalau salah cara buat, habis melebur.. Kena tahu teknik dan cara yang betul.. Ye lah, kos kita dah keluarkan. Kalau tak balik modal, membazir lah.. Tak ada ROI (Return On Investment).

Jadi harini saya nak jawab 3 soalan tentang bisnes online.. Saya cuba bantu anda fahamkan sikit berkenaan Marketing..

Baca sampai habis ye..

1. Content & Marketing Digital dalam bisnes online

Content Tell, Story sell

Untuk buat content ni.. Anda kena faham dan buat pelanggan datang dekat. Content yang anda keluarkan hanya ssebagai info dan buat pelanggan datang dekat.

Apa yang buat Pelanggan lekat dan STAY, anda kena bercerita.. Create story dan sampaikan pada pelanggan. How you influence people.

Try Content STORYTELLING.. Sebab orang suka mirroring.. Benda yang sama berlaku pada dia juga.

2. Boost Post Untuk Buat Sales bisnes online?

Influence potential customer

Kan lagi bagus kalau kita dapat pelanggan yang kita tepat! Betul-betul pelanggan yang kita nak. Pelanggan yang perlukan produk kita. Pelanggan yang akan beli dengan kita. Cuma kita yang perlu yakinkan dia, kita bantu masalah dia dengan produk/servis kita.

-> https://www.najibasaddok.com/tak-faham-apa-fb-ads-ni-meh-saya-bantu-jelaskan/

3. Iklan & Promote bisnes Service

Copywriting is the key

Anda kena pikat hati pelanggan dengan emosi. Headline berkait dengan isu/masalah pelanggan.

Semoga sedikit sebanyak dapat bantu ada..

Boleh dapatkan tips dan info lain di www.KuasaiPemasaranDigital.com

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !