fbpx
blog najib asaddok

Takut FB Live? Takut Gagal?

Takut FB Live Takut Gagal

Hari ni saya nak share satu topik berkenaan takut. Kalau cakap pasal takut ni saya saya saya lah manusia yang saya kira paling penakut.

Banyak yang saya takut terutama sekali masa sekolah dulu bila tak siap kerja sekolah saya akan mohon cuti pada mak saya sebab takut kena marah dengan cikgu..

Sama lah bila kita buat bisnes ni, ketakutan saya adalah tak ada orang nak beli barang. Bila kita beli stok kalau tak habis macam mana kalau orang tak beli..

Saya anggap ni adalah pengalaman tau, kita sebagai manusia ni full of fear. Saya nak share dengan korang macam mana saya overcome fear ni..

Saya dulu fikir macam mana nak buat, income dah la tak ada dengan hutang makin banyak, duit kereta dulu pun tak boleh bayar..

Dari sini saya overcome ketakutan saya dengan nombor satu, saya melihat kesusahan keluarga, saya fikir bagaimana nak bantu keluarga, tak nak biarkan adik beradik terus hidup susah. 

Saya memang tak sanggup, saya buang ketakutan untuk berjumpa orang. Nombor dua ialah saya hilangkan ketakutan saya apabila terima banyak kecaman orang lain. 

Saya dah bosan dengan kecaman orang dan saya terus fikir untuk belanja dia dengan kisah kejayaan kita. Jangan biarkan orang terus pandang rendah pada kita. 

Benda benda macam ni yang buatkan saya lawan, saya berlatih bercakap depan cermin.. Ini lah bibit-bibit saya belajar kuasai copywriting. 

Pada satu situasi juga ramai yang share dengan saya, mereka takut buat Facebook Live. Saya nak berkongsi dengan anda saya pun takut sebab saya memang tak pandai bercakap. 

Bila sebut pasal Facebook Live, ramai yang takut kena cerca, kena membawang dekat belakang menyebabkan kita tak ada confident nak buat Facebook Live. 

Bila fikir balik kita akan terus tersangkut bila tak follow trend yang penting. Kalau kita nak posting duduk dekat atas dan follower lain nampak, memang tak ada cara lain. Korang memang kena buat Facebook Live. 

Korang dapat sesuatu? Nak ke nak saya share lebih lagi? Jom tonton video ni sampai habis..

Nak ke nak saya dan Team Momentum bantu korang roketkan sales masa PKP ni? Get ready dengan pelancaran RPM Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama! Dapatkan info dan maklumat lanjut di www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !