fbpx
blog najib asaddok

Tak Tahu Buat Facebook Ads? Ini Langkah Yang Anda Patut Tahu..

Tak Tahu Buat FB Ads.. Langkah Yang Anda Patut Tahu

Ramai yang tak tahu dekat Facebook Page ni ada cara yang mudah untuk dapatkan pelanggan. Salah satunya dengan buat Facebook Ads.

Tapi ramai juga tak tahu Facebook Ads ni nak mula dari mana dulu. Nak terus pada teknikal ke?? Atau perlu sediakan material yang diperlukan untuk buat Facebook Ads?

Jadi saya kongsikan 5 langkah yang anda patut tahu untuk buat Facebook Ads supaya iklan yang anda buat dapat capai target pelanggan lebih berkualiti, lebih tepat dan dengan kos yang rendah.

Tak Tahu Buat Facebook Ads? Ini Langkah Yang Anda Patut Tahu..

1. Rancang tema/tajuk nak bawakan

Sebenarnya apa yang anda buat dulu sebelum buat Facebook Ads ni, adalah rancang tema atau tajuk yang nak dibawakan. 

Contoh macam kami Momentum Internet bawakan tema Kelas Roket Pemasaran Momentum ialah “Nak Tarik Pelanggan”. Bila anda tahu apa tema yang nak bawakan senang untuk kita target sasaran kita, contohnya wanita yang dah berkahwin umur dalam 29-40 tahun..

Faham ke faham ni??

Tak Tahu Buat Facebook Ads? Ini Langkah Yang Anda Patut Tahu..

2. Bajet yang nak dikeluarkan

Point kedua ni sangat penting sebab melibatkan kos, anda kena mengoptimumkan bajet anda supaya anda dapat urus duit dengan baik. 

Kena tahu berapa kos sehari yang anda nak keluarkan untuk buat Facebook Ads. 

Jangan main letak jer berapa sebab itu akan menyebabkan duit anda keluar macam air. 

Tak Tahu Buat Facebook Ads? Ini Langkah Yang Anda Patut Tahu..

3. Target sasaran pelanggan 

Kenapa anda kena tahu target sasaran ni? Sebenarnya bila anda dah tahu siapa orang yang anda nak target, mudah untuk anda setkan Facebook Ads. 

Tak adalah berlaku isu nak mula Ads baru nak fikir siapa yang anda nak target. Kalau kita buat macam tu, itu sebenarnya akan membuang masa kita. 

So, kita kena tahu siapa sasaran kita sebelum buat setting Facebook Ads.

4. Material nak digunakan 

Anda perlu sediakan material yang bagus dan mengikut undang-undang supaya anda dapat jalankan Ads anda macam biasa. 

Banyak pantang larang untuk buat Facebook Ads ni, pastikan anda ikut undang-undang yang ditetapkan oleh Facebook.

5. Copywriting

Dalam penulisan copywriting untuk Facebook Ads perlu singkat dan padat. 

Tak boleh terlalu panjang sebab orang akan nampak copywriting hanya 3 baris sahaja. So, kalau boleh jangan buat copywriting yang panjang untuk Facebook Ads.

Anda nak tahu lebih mendalam tentang Facebook Ads?

Jom dapatkan 7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama yang bernilai RM699 secara PERCUMA di www.naktarikpelanggan.com

Dapatkan sekarang tau…

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !