fbpx
blog najib asaddok

Tak ada idea nak buat FB live? Apa kata follow 5 cara ni…

Dah Tak Ada Idea Nak Buat FB Live? Follow 5 Cara Ni

Orang kata, buat marketing secara online ni susah.. Ada yang buat ads, tapi tak jadi-jadi.. Bukan melabur, tapi melebur duit macam tu je.. Dah lah tu.. Stop membazir duit.. Ada cara marketing free iaitu Facebook Live.

 

Facebook Live. Perkara yang mudah dan PERCUMA tapi… Payah orang nak buat.. Kalau dah korang menjual setiap masa, siapa yang nak tengok?

 

Sebenarnya anda boleh share banyak benda secara Facebook live ni.. Tak semestinya menjual.. Facebook live ni untuk tarik perhatian fans kita. Kita buat mereka tertarik dengan kita..

 

Ada student kami Puan Zaharah.. Pernah buat live sampai pecah sales RM40,000 sehari!

 

 
Dahsyat ke dahsyat kuasa Facebook live ni?

 

Tapi macam mana? Apa yang nak share dalam live tu? Haa..Baca sampai habis tau..

 

idea nak buat FB live

1.Sharing nasihat

 

– Anda boleh share nasihat dengan fans anda. Sambil mengingatkan diri, lebih baik kita share juga dengan yang lain. Kongsikan nasihat seperti nasihat sebelum tidur, nasihat pemakanan, kesihatan dan banyak lagi. Tak perlu tunggu jadi pakar untuk saling menasihati sesama kita.. Okay ke okay?

 

idea nak buat FB live

2. Tips

 

-Share tips yang berguna untuk fans. Tak kesahlah tips berkaitan dengan produk atau tidak. Tapi lebih bagus kalau ada kaitan dengan bisnes koranglah.. Okay, tips yang macam mana? Contohlah anda buat bisnes kedai makan. Anda boleh share tips cara potongan bawang yang betul.. Tips untuk simpan ayam untuk tahan lebih lama.. Dan banyak lagi.. Fans datang pada kita sebab dia nak sesuatu.. Jadi, bila kita dah bagi tips yang bermanfaat, mereka pasti akan duduk dekat dengan kita.

 

idea nak buat FB live

3. Do and don’ts

 

-Orang kita ni.. Mana nak tahu pantang larang, selagi tak buat sesuatu yang salah.. Dah kena baru nak berjaga. Inilah masa untuk anda share.. Apa yang betul, apa yang salah.. Tak semua orang tahu pantang larang.. Tak kesahlah pantang larang nenek moyang ke.. Pantang larang dalam makanan ke.. Pantang larang dalam fesyen ke.. Bergantung pada bisnes apa yang korang buat.

 

4. Q&A

 

-Ni yang paling best… Orang suka kalau persoalan dia dijawab. Cuba sesekali try buat sesi live Q&A. Mesti gempak orang nak kan tips.. Sesi Q&A pun boleh tambah trust kita pada fans.. Fans akan rasa tertunggu – tunggu untuk live seterusnya.. Dan Yang paling penting, ia cara yang paling mudah untuk tukarkan fans kepada pelanggan.

 

5. Jalan-jalan / vlog 

 

-Bagi anda, siapa je yang nak tengok hidup anda yang membosankan ni.. Memanglah bosan, kalau korang buat live dekat dalam bilik.. Buat live dekat dapur.. Cuba sesekali bawa fans anda keluar.. Even fans belum pernah pergi kesana.. Mesti diorang akan rasa terinspirasi.. Rasa seronok join.. Tak adalah bosan.. Asyik-asyik tengok korang dekat bilik.. Tempat sama.. Mungkin, diorang pun boleh tahu korang suka pakai baju tu.. hehehe.. Gurau-gurau.. Sesekali tu, ubah tempat live korang.. Pergi taman ke.. Tasik ke..

 

Amacam.. Best ke best? Cer try pelbagaikan Fb live korang.. Boleh cuba tips-tips ni untuk tarik perhatian fans anda..

 

Kalau korang rasa tak cukup.. Apakata korang upgrade ilmu.. Ilmu ni penting untuk pastikan Tindakan yang anda buat tu betul..

 

Jom dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buat Pelanggan Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA! ENAM tau! Bukan satu, bukan dua, tapi enam E-Book di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !