fbpx
blog najib asaddok

Tak Ada Duit Nak Makan Bukan Penghalang Untuk Beliau Berjaya

Berjaya

Hari ini saya nak sharekan kepada anda kisah seorang anak murid saya yang dulunya beliau pernah buat beberapa bisnes tapi asyik tak menjadi jer. Jual kerepek pernah, jual pes tomyam pun pernah. Tapi semua bisnes tu dia fail.


Nak tahu ker nak tahu siapakah gerangan beliau?? Haa, beliau adalah Pn Zaharah founder kepada Fyzara. Waktu mula start jual kain pasang beliau mula dari jadi dropship jer. Sampaikan kereta kena tarik, rasa rumah tak mampu nak bayar dan sampaikan beliau nak balik kampong pun berkira-kira.


Beliau kenal saya pun sebab selalu nampak di facebook berulang kali. Dari situlah terdetik hati untuk join program Roket Pemasaran Momentum Nak Tarik Pelanggan pada tahun 2018. Beliau mula sedar yang beliau perlu cari guru untuk buat bisnes. Kalau tak bisnes asyik tak menjadi jer macam sebelum ni.


Waktu yang beliau sangat tertekan adalah beliau terpaksa korek duit untuk beli makanan. Anda nak tahu ada berapa duit dalam tabung tu?? Sebenarnya baki dalam tabung tu hanya tinggal RM1.20 sahaja.


Itulah duit yang beliau beli biskut tiger untuk beliau makan. Sebab dulu kerja bukan senang gaji yang average RM750 hingga ke RM850 sebulan yang hidup di Kuala Lumpur memang beliau rasa tak cukup. Bak kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..


Anda pernah mengalami situasi yang sama macam Pn Zaharah?? Takda duit langsung nak makan, tak mampu nak bayar komitmen yang ada. Anda juga mesti sangat stress kalau hadapi benda yang sama kan?? Tapi kita perlu tahu, Allah takkan diluar kemampuan hambaNYA. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.


Alhamdulillah sekarang lepas apa benda betul yang beliau buat seperti buat Facebook Live dulu dari takda mata yang tengok sampaikan sekarang buat Facebook live sales dah boleh capai lebih RM40k dengan hanya buat Facebook Live. Beliau juga betulkan balik hubungan bersama keluarga. Dari situ beliau nampak rezeki beliau sedikit demi sedikit Allah berikan.


Berkat atas usaha dan kerja keras beliau juga alhamdulillah sempat bawa arwah ayahnya pergi menunaikan umrah. Sekarang beliau juga dari dulunya hanya seorang diri buat bisnes, kini beliau dah ada 14 orang team. Win beliau juga beliau tak lama lagi akan pindah ke office baru dan beliau juga dapat rumah baru insyaAllah pada bulan 9 ni.


Sales beliau pun meningkat, sales selama 6 bulan beliau dah achieve RM1,436,000. Dulu sales tahun 2019 hanya RM1,578,828. Ni baru 6 bulan dah nak capai sales setahun tahun lepas. Saya sangat kagum dengan beliau. Alhamdulillah atas izin Allah yang memberi rezeki kepada beliau. Beliau bukannya minat berbisnes. Tapi desakkan hidup yang buatkan beliau berbisnes.


Bila kita dah ada di landasan yang betul, insyaAllah flow untuk berjaya tu mudah jer, tapi apa yang penting buat jer. Kejayaan yang kita dapat setanding dengan usaha yang kita berikan.


Takda orang yang buat terus dia berjaya. Puan Zaharah pun ambil masa 9 bulan baru nampak hasil. Bukan buat hari ini, esok dah ada result. Semuanya makan masa juga sebab itu kena sabar.


Kalau anda nak mulakan journey anda sama macam Pn Zaharah. Jom saya join program Roket Pemasaran Momentum Nak Tarik Pelanggan Edisi Khas Merdeka pada 29 & 30 Ogos ini. Dulu Pn Zaharah start dari program inilah beliau mula nampak banyak benda beliau kena betulkan untuk marketingkan bisnes.


Anda boleh dapatkan info di website kami –> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !