fbpx
blog najib asaddok

Susah Nak Dapat Sales Walaupun Dah Buat Posting? Cuba Cara ni..

Susah nak dapat sales walaupun dah buat posting.. Cuba cara ni

Korang ada isu dah buat Facebook page tapi orang tak nampak? Ataupun Facebook page tu ada tapi semua posting yang korang buat tu tak ada siapa yang respons.. Like tak ada komen pon tak ada. 

Lagi sedih bila try buat Facebook Ads, dah labur banyak kos, tapi tak ada sorang pon yang PM atau berminat nak beli. 

Tak kan nak bagi isu ni berlarutan tanpa kesudahan kan. Setiap masalah yang ada mesti ada jalan penyelesaian tu sendiri. 

Nak tahu apa je cara nak buat dekat posting Facebook korang untuk bagi orang nampak?

Saya nak tunjuk cara buat posting yang bagi orang nampak dan berminat dengan apa yang kita post. 

Korang ada isu dah buat Facebook page tapi orang tak nampak?

Pertama sekali gunakan gambar yang berkualiti. Pastikan guna gambar yang tepat dengan audiens yang kita target. Korang selalunya guna poster yang ada berapa warna? Nampak crowded sangat tak? 

Untuk nampak poster korang post tu tak serabut, pilih pilihan warna yang tak lebih dari tiga. Jangan bagi orang pening dan skip apa yang kita upload. 

Korang ada isu dah buat Facebook page tapi orang tak nampak?

Seterusnya, headline “pendek” yang memukau. Headline ni adalah tajuk yang kita tulis dalam setiap posting.  Headline yang buat orang tertarik untuk baca apa yang kita tulis selanjutnya. Jangan terlalu buat ayat yang bunga bunga / berfalsafah. Pelanggan suka orang yang cakap direct terus tanpa berkias sana sini. 

Korang ada isu dah buat Facebook page tapi orang tak nampak?

Yang ketiga, letak link dan contact numbers. Jangan buat audiens tertanya tanya macam mana nak contact atau beli. Tolong mudahkan kerja bakal pelanggan kita. Biasanya apa yang peniaga di luar sana buat, tak letak apa-apa contact number dan buatkan orang malas nak tanya dengan lebih lanjut.

Korang juga boleh bagi offer yang terhad. Bila adanya offer atau tawaran, secara tak langsung menarik orang ramai singgah dekat posting kita. Pastikan letak urgency dan ada jangka masa. Jangan bagi pelanggan buat keputusan yang lama. Bagi offer yang relevan.

Akhir sekali, letak Call To Action (CTA) yang jelas. Bagitahu bakal pelanggan tentang apa yang kita buat atau sedang jalankan waktu tu. Jangan letak gambar lain tapi CTA pergi ke tempat lain. Nanti akan buatkan pelanggan keliru dan tak nak buat keputusan untuk membeli produk / servis kita. 

Korang dapat sesuatu? Nak ilmu lagi? Jom dapatkan info yang berguna di channel Telegram. Korang boleh klik www.TelegramNajib.com .

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !