Blog Najib Asaddok

Sesi ‘Penyakit Berjangkit’ Yang Dibawa IMPAK

usahawan impak malaysia

Salam

Hari ni baru sempat nak post berkaitan Business Networking yang dijalankan oleh Persatuan Usahawan IMPAK baru-baru ini. Saya baru jer diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi Usahawan IMPAK Malaysia ni.

InsyaAllah banyak program yang dirancang untuk membantu para usahawan di Malaysia ni untuk mendapat ‘jangkitan’ penyakit KEJAYAAN.

Alhamdulillah IMPAK telah mengadakan Business Networking pada 3 Disember 2014 di Bangi Gateway Bdr Baru Bangi. Kehadiran para usahawan lebih dari 30 orang untuk sesi santai teh tarik sambil sharing input2 bisnes.

Antara usahawan yang hadir adalah Tuan Burhanuddin selaku pengerusi IMPAK, beberarapa usahawan internet yang terbukti telah Berjaya saudara Hakim Najili, Azhaan Brothers, Syed Hafidz, Saudara Rashidi & ramai lagi.

Dalam post ni saya cuma nak share beberapa tips terutamanya berkaitan teknik pemasaran berkesan yang telah pun dikongsikan oleh para usahawan pada malam tersebut.

Burhanuddin Othman, Usahawan Hartanah & Pengerus IMPAK Malaysia

Mohd Najib Asaddok, Usahawan Internet/ Timb. Pengerusi IMPAK MAlaysia ( Sayalah tu…hehehee)

Hakim Najili, Usahawan Internet

Azhaan Brothers, Usahawan Internet

Ahmad Rashidi, Usahawan Internet – Tokey Spray Mandian Kucing

Syed Hafidz, Usahawan Internet – Tokey Produk Kecantikan

Memang superb apa yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat usahawan malam tu…Sebelum ni sebenarnya saya antara yang malas nak join mana-mana kelab atau persatuan usahawan disebabkan karenah birokrasi & tak nampak keihkhlasan mereka untuk benar-benar membantu usahawan melainkan ada agenda individu tertentu.

Persatuan Usahawan IMPAK ni nampaknya benar-benar mahu membantu mengumpulkan para usahawan & saling berkongsi ilmu antara satu sama lain. Akibatnya berjangkit-berjangkitlah penyakit KEJAYAAN sesama usahawan..Kan seronok tu!

Nak jadi usahawan kena berdikari tanpa perlu mengharap bantuan kewangan, geran & sebagainya..Kalau ada pun anggaplah sebagai BONUS. Yang pening sebenarnya adalah ILMU & Pengalaman antara usahawan.

Semoga lebih berjangkit penyakit kejayaan dalam program-program IMPAK di masa akan datang. Yang belum sertai IMPAK, daftar PERCUMA di —->> www.impak.my

Facebook Comments
Exit mobile version