fbpx
blog najib asaddok

“Seronok Dapat Bantu 68 Rakan Runcit Di Kawasan Pedalaman Sabah..”

Seronok dapat bantu 68 rakan runcit di kawasan pedalaman Sabah

Hari ni saya sambung hari ke-2 untuk coaching anak murid saya dalam Ultimate Personal Coaching (UPC). Penat? Badan lenguh? Pening? Semua saya rasa tapi ini lah perjuangan saya dalam memastikan mereka dapat capai impian tahun 2022.. 

Tapi rasa penat ni hilang bila mereka share win dan bentangkan matlamat yang mereka nak capai. Salah satunya daripada Datin Cynthia yang merupakan pemilik Market Tokow di Matunggong, Sabah. 

Korang mesti terkejut kalau saya share Market Tokow ni dulu Mini Mart biasa je terletak nun jauh di pedalaman Sabah. Kalau orang lain mungkin ingat dia tak mampu nak survive. 

Tapi siapa sangka berkat dia join kelas dan dapatkan bimbingan saya, sekarang dia dah ada 68 rakan runcit desa.

“Saya rasa gembira Sifu sebab saya dapat bantu ramai peniaga di Matunggong, Sabah dan saya target nak bantu 100 rakan runcit tahun ni..”, kata Datin Cynthia

Excited dia share dengan saya dan sebagai guru saya rasa terharu dan bangga bila Datin Cynthia dapat bantu ramai orang dan mission saya tahun ni nak pastikan dia kuasai luar bandar pula.

Ni yang saya nak share dengan korang, seronok tau bila buat bisnes sales tinggi, kita bukan nak senangkan diri sendiri je tapi insyaAllah kita dapat banyak memberi. Lebih banyak kita bagi, lebih banyak la rezeki kita dapat. 

Doakan ya, semoga saya terus diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk bantu lebih ramai usahawan tahun 2022 ni. Aamiin

Jom grab Program Roket Pemasaran Momentum ni bernilai RM499, kali ni kami nak taja anda belajar secara PERCUMA dan pastikan anda dapat buat duit, buat sales pantas. Daftar PERCUMA sekarang di —> www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !