fbpx
blog najib asaddok

Salah Ke Buat SILAP Dalam Hidup?

Salah-Ke-Buat-Silap-Dalam-Hidup

Hidup kita sebagai manusia ni ada turun naik, mana ada orang mood dia naik tinggi setiap hari.. Contohnya orang mengata belakang sikit kita dah down..

Topik saya hari ni adalah salah ke buat silap dalam hidup? Kadang-kadang, banyak perkara dalam hidup saya ni kan banyak sangat silap..

Cuba anda fikir dalam hidup kita ni adakah lebih banyak benda kita buat betul atau salah? Ada dua perkara dekat sini betul atau salah?

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, banyak kegagalan yang saya dah lalui dalam bisnes. Ada sahabat yang datang tanya saya macam mana saya berubah?

Saya beritahu sahabat saya ni tadi, dulu saya pernah buat kesilapan masa buat bisnes bundle daripada singapore. Tak sampai 6 bulan je bisnes ni dah bungkus. 

Apa yang saya belajar kalau bisnes ni tak bungkus saya tak akan buat apa yang saya buat sekarang.. Itu je yang saya faham.

Bila fikir balik memang banyak benda yang saya buat silap dulu, salah ke? “Kenapa la semua benda yang kita buat ni tak jadi? Apa lagi yang aku tak buat?”

Korang okay ke okay setakat ni? Nombor satu yang saya nak cakap salah ke buat silap? Tak salah untuk kita buat silap dengan syarat kita kena ambil pengajaran daripada apa kesilapan yang kita dah buat.

Apa yang saya dapat bila saya buat silap? Saya boleh explain semula kepada orang lain “Eh ini silap, kau jangan buat lagi”. Nampak ke nampak pengajaran tu penting dalam hidup kita.

Bila Allah swt uji kita dengan buat silap, sebenarnya itu lah pengajaran yang sangat penting sebab kita boleh beritahu orang lain jangan buat kesilapan yang sama. 

Banyak lagi yang saya nak share dengan korang ni.. Nak ke nak dengar point penting yang saya nak sampaikan hari ni? Apa kata anda tonton video ni sampai habis. Boleh?

Saya faham ramai yang struggle dan masih cari jalan untuk terus sruvive masa PKP ni. Saya dan Team Momentum memang serius nak bantu sebab kami tak sanggup nak tengok peniaga di luar sana struggle dalam bisnes.

Jom dapatkan 7 Video Strategi Facebook Ads Capai RM10,000 Pertama secara PERCUMA di https://naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !