fbpx
blog najib asaddok

SALAH KAN ORANG LAIN BILA BISNES TAK MENJADI

ejen

Nak jadi usahawan ini perlu ada ilmu dan hala tuju. Buat bisnes tanpa ilmu tak bawa kemana-mana yang menyebabkan bisnes itu tutup dan tiada peningkatan. Itulah yang berlaku pada Tuan Faqihuddin yang banyak kesilapan yang beliau lakukan  selama lebih 7 tahun berniaga. 

Beliau cuba beberapa kali bina team untuk bisnes tapi tak menjadi kerana macam-macam masalah datang bila ada team. Selalunya bila dah ada team ini sales akan meroket tapi sebaliknya berlaku. Bila bisnes tak menjadi beliau mula menyalahkan orang lain. Tapi sebenarnya kesilapan itu datang dari diri sendiri yang tidak berjaya menjadi ketua yang baik.

Lebih sukar lagi bila bisnes beliau terus jatuh waktu PKP kerana tiada langsung jualan. Elektrik rumah kena potong sebab tak bayar bil. Bukan tak nak bayar, tapi tak mampu nak bayar masa tu. Keluarga pun suruh kerja makan gaji jer sebab dah terlalu lama tengok hidup beliau tak berubah dan banyak masalah datang bila buat bisnes. Tekanan yang sangat kuat dari segi keadaan bisnes dan keluarga menyebabkan beliau terpaksa bangkit.

Beliau tahu dan sedar untuk berjaya perlu cari ilmu dan bimbingan seorang guru. Beliau dah kenal sifu Najib ni lama melalui video dan buku ROKET EMEL. Tapi kesilapan paling besar beliau adalah kerana beliau tak pernah pergi ke kelas sebab wujudnya ego yang tinggi dalam diri.

Waktu PKP hari tu bisnes memang teruk sangat dan beliau buat keputusan untuk join Roket Pemasaran Momentum pada bulan Jun. Seminggu juga beliau fikir nak masuk ke tak program sifu. Beliau tak yakin yang beliau boleh ikut atau tak apa yang sifu ajar.

Tapi akhirnya beliau membuat keputusan untuk masuk program sifu untuk terus bangkit dengan adanya guru yang tepat dan ilmu yang selama ini beliau tercari-cari.

Selepas habis RPM beliau teruskan journey bersama Momentum Internet. Beliau mulakan langkah dengan perbetulkan diri dulu. Alhamdullilah hubungan beliau dengan orang sekeliling terutamanya dengan mak ayah bertambah rapat. Beliau juga belajar cara betul nak buat pemasaran online guna Facebook.

Betulkan niat untuk bantu orang ni pun salah satu perkara yang beliau buat dan kesannya sangat hebat pada diri, bisnes, team dan pelanggan beliau.  Antara kepuasan yang beliau dapat bila pelanggan cakap ‘terima kasih sebab tolong kami’.

Alhamdulillah jualan beliau meroket dari ZERO waktu PKP kepada RM14,450 pada bulan Ogos ini. Masa tulis magic number tu pun beliau tak percaya yang beliau dan team boleh capai ke tak RM10k. Beliau buat je apa yang diajar oleh sifu sebab siajar ‘BUAT JER’.

Jangan salahkan orang lain bila sesuatu perkara itu tak jadi. Nak jadi ketua ini perlu ada ilmu untuk kita bimbing team.

Macam mana nak cari ilmu itu mestilah kena berguru untuk dibimbing hingga berjaya. Bila ada ilmu akan disusuli dengan tindakan barulah team akan letak kepercayaan itu pada ketua dan hormat padanya.

Beliau buat keputusan join Roket Pemasaran Momentum hidupnya mula berubah. Sebab itu, RPM masih diadakan lagi tapi kali ini RPM Edisi Khas Ejen pula yang akan diadakan pada 12 September 2020.

Jangan lepaskan peluang anda!! Jom join RPM kali ini, anda boleh daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !