fbpx
blog najib asaddok

Sakitnya Hilang Anak, Wanita Ini Cabar Diri Jual Jamu Sehingga Berjaya Buat Sales RM1.5 Juta

Mummy Gojes

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sememangnya membuatkan kehidupan kita bertukar 360 darjah. Ada yang diberhentikan kerja, kehilangan punca pendapatan dan terpaksa melakukan apa sahaja kerja demi menampung kehidupan. Betul ke betul?

Walaupun mula-mula ramai yang anggap dugaan apa agaknya yang Allah nak tunjuk ni tapi bagi Puan Shahida situasi getir ini merupakan satu hikmah besar bila sales dia melonjak 3 kali ganda. Jom kami kongsikan kisah inspirasi Puan Nurul Shahida binti Norhakim atau mesra dikenali sebagai Mummy Gojes, Founder kepada JRG Malaysia dalam menjalani kehidupan setelah negara kita mengalami situasi suram akibat wabak Covid-19.

Puan Shahida tak percaya hikmah di sebalik PKP ni dia mendapat idea yang untuk membuat hand sanitizer dan Mayyah Vitamin C. Ajaib betul bila open order jer produknya SOLD OUT.

Dia juga berkongsi cerita dengan kami waktu struggle dulu, dia hanya berniaga jual air, pisang goreng dan keropok di tepi jalan kemudian dia fokus untuk bisnes jual jamu.. Dia juga macam orang lain, mula-mula bisnes bukan terus senang, kata Puan Shahida “Saya mula bisnes JRG daripada rumah dan nak pecahkan sales RM10,000 tu memang mencabar.. saya pernah simpan stok bawah katil, tak terjual dan makan sendiri sehingga pegang gelaran founder not found”.

Anda pun pernah buat benda sama dan pegang gelaran ni kan? Baik mengaku cepat. 

Pada mulanya Puan Shahida hanya seorang suri rumah yang ceburi bidang perniagaan dengan niat untuk bantu suami dan bayar kos perubatan anak keduanya yang menghidap sakit kronik iaitu masalah hati tidak berfungsi. Luluh hati bila kami dengar cerita ni.. Bayangkan tak sempat nak bermanja dan membesar seperti kanak-kanak lain. Sumayyah disahkan menghidap penyakit kronik seawal usia 3 bulan dan doktor berkata Sumayyah hanya mampu bertahan sehingga umur 6 bulan.

Dengan linangan air mata, ibu tabah ini meneruskan cerita bahawa dalam keadaan yang sukar ketika tu, dia memang tak ada duit nak bayar kos perubatan anaknya yang berjumlah RM3,000 sebulan memang tak mampu. Dia dah berusaha sehabis baik, tapi Sumayyah tetap pergi meninggalkan dia dan suami pada usia 1 tahun 11 bulan. 

Kehilangan Sumayyah menjadi punca Puan Shahida nekad untuk bangkit dalam bisnes dan bantu orang yang susah. Awalnya, dia sukar untuk menerima berita kehilangan Sumayyah, “Saya tak pernah rasa sakit seperti sakitnya anak saya meninggal.. Tapi saya tahu Allah uji saya sebab Allah sayang, saya terus berfikiran positif dan bangkit untuk bantu orang yang susah sama macam saya” ujarnya lagi.

Sekarang JRG Malaysia telah mengeluarkan produk MAYYAH yang diilhamkan daripada nama arwah anaknya dan Alhamdulillah total sales sehingga bulan Oktober dan mencecah hampir RM1.5 juta. Wow! Jual jamu dan produk kecantikan boleh buat sales tinggi masa PKP. Hebat kan?

Puan Shahida juga share win dalam bisnes bila dia dapat belikan pokok bonsai idaman bapanya. ”Masa kecil abah ada bawa saya pergi tengok pokok ni rupanya ni idaman dia sejak 25 tahun lepas. Ya Allah, gembiranya saya bila dapat tunaikan hajat beliau dan saya selalu ingat sifu tegaskan untuk sentiasa jaga keramat hidup. Ini lah yang saya buat sekarang”. 

Bukan tu jer, siapa cakap bila join kelas Tuan Najib Asaddok kita akan belajar marketing jer? Banyak benda yang Tuan Najib Asaddok pesan iaitu sentiasa jaga keramat hidup, jangan kufur nikmat dan sentiasa ingat balik kenapa kita mula dalam bisnes.

Kami gembira sangat dengan pencapaian Puan Shahida, sikit demi sedikit dia capai win dalam bisnes JRG Malaysia. Tak kan anda nak tengok jer? Puan Shahida dulu pun struggle bila zero saving, tak ada duit nak tampung kos rawatan anak, terpaksa bersaing dengan peniaga jamu yang lain.. Tapi lepas dia berguru dengan Tuan Najib Asaddok, dia betulkan copywriting dan dia konsisten buat Facebook Live, dia boleh meroket dalam bisnes. Haa, kalau dia boleh, anda pun boleh!

Kami tak sabar nak jumpa anda semua dalam Sesi OBA ( Onlinekan Bisnes Anda ). Tak lama jer lagi ni. Fuh! Berdebar beb.. Memang tak sabar nak bantu korang meroket dalam bisnes sama macam Puan Shahida ni. 

Pada yang belum daftar tu jom daftar sekarang di —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !