fbpx
blog najib asaddok

RUGI Besar Kalau Anda Tak Buat BRANDING !

Salah satu strategi penting untuk anda menguasai pemasaran & produk anda dikenali serta diyakini adalah membina JENAMA atau Branding. Sebab branding adalah satu perkara wajib dalam Marketing Funnel. Saya pernah share dalam blog sebelum ni

Baca post tu di sini —> Marketing Funnel

pembinaanjenamaperniagaan

Cuba anda fikir kejap situasi anda sebagai pelanggan di luar…Anda nak beli satu produk, katalah pakaian.

Pertama sekali anda akan fikir Pasar raya mana anda nak pergi… Saya sendiri suka pergi ke AEON atau Jusco. Kan brand tu…tu baru satu hal..

branding_aeon

Masuk jer bahagian pakaian kita bukan tengok pakaian dulu tapi akan tengok jenama/brand pakaian dulu. Betul ke betul? Kita pun pilih baju dan tengok berapa harga jualan.

Kita akan sanggup bayar lebih mahal jika jenama baju tu memang terkenal walaupun jenama lain pun baju jugak. Apa yang berlaku sekarang ni bukan kita beli baju jer, tapi kita bayar sebab BRAND baju tu.

jenama_pakaian

Harga brand BONIA pastinya lebih mahal dari jenama Suave…betulkan!

Samalah dengan perniagaan anda. Perkara pertama anda kena berikan nama dahulu sebagai branda anda. Anak kita pun ada nama, ini kan bisnes… Walau pun anda jual produk orang lain.

AEON, Tesco, Econsave dan lain-lain pun jual produk orang lain. Tapi mereka ada brand mereka sendiri. Orang datang membeli kerana brand pasar raya mereka yang dipromosi setiap hari melalui pelbagai medium pemasaran.

Anda juga boleh membuatkan orang kenal & jatuh cinta dengan produk anda dengan pantas menggunakan Facebook..dan lebih penting kos nya sangat bajet… Semakin produk anda dikenali, semakin tinggi harga anda boleh letakkan. Kan bisnes nak cari PROFIT jadi ikut langkah yang betul.

Bisnes anda akan bertahan lama & memberi pulangan yang tinggi kepada anda. Jadi BRANDING menjadi perkara WAJIB bila anda mula bisnes.

Saya harap tips ni akan membantu anda mula mencipta nama BRAND anda sendiri. Guna kreativiti anda untuk guna brand yang menarik serta memukau pelanggan.

Harap bermanfaat!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !