fbpx
blog najib asaddok

RUGI BESAR JIKA ANDA TAK BACA PESANAN SAYA NI!

Saya menulis ni dari bumi Amerika & sekarang ni saya baru sahaja selesai meeting bersama Mentor saya Dr Azizan Osman di New York City.

Saya berpeluang mendalami banyak sangat perkara tentang bisnes yang sangat ‘high impact’.

Saya gerenti anda akan RUGI BESAR jika anda tak baca pesanan saya ni. Tapi jika anda memang tak kisah hidup tetap tak berubah, maka tak perlu baca pesanan yang saya tulis sendiri ni.

Dalam masa sama saya sendiri sedang menyiapkan modul & strategi untuk sesi Roket Pemasaran Momentum Okt & Nov 2019 ni. Saya nak kongsi kepada anda 5 perkara yang anda akan belajar dari salah satu modul yang saya akan ajar nanti.

Saya memang meluangkan masa untuk memerah otak dan berusaha untuk anda dapat impak besar dalam pesanan ni. Saya harap anda dapat ‘laburkan’ masa anda 5 minit untuk baca ya.

Ok… let’s go!

#1 Orang berjaya adalah PELIK

Setiap pagi saya akan bangun pagi dan jogging termasuklah ketika berada di US ni. Saya akan keluar seawal sebelum subuh untuk jogging.

Setengah orang yang nampak saya pastinya akan melihat saya ni pelik.. Saya hanya mampu seyum jer.. jangan kata di US , di Malaysia pun sama..

Saya hanya mampu berkata dalam hati “ Memang aku nampak pelik sebab kau tak buat apa yang aku buat “.

Pelik dan janggal adalah perkara yang dilakukan oleh orang yang tak faham. Adalah lebih mudah  untuk nak perkatakan sesuatu dari nak buat perkara tersebut.

Pada saya jika anda buat sesuatu yang anda tak pernah buat, anda pasti akan dapat perkara yang sebelum ni anda tak pernah dapat.

Jadi teruskan buat benda orang nampak pelik, yang penting anda dapat hasil.

#2 Ekosistem Menentukan KEJAYAAN

Dalam sesi Live Event  Roket Pemasaran Momentum Nak Tarik Pelanggan , saya bercadang nak mengajar anda bagaimana latest model orang berjaya set mindset dia untuk capai kejayaan.

Belajar dari cara orang berjaya dan pendapatan anda juga akan ‘terpaksa’ meningkat.

Salah satu perkara untuk bentuk mindset berjaya adalah “Ekosistem’ atau persekitaran.

Anda perasan tak cara anda berfikir, bertindak adalah dipengaruhi orang sekeliling anda. Jika anda berada dalam persekitaran orang berjaya minda anda  pun akan sentiasa positif.

Berniaga pula perlukan energy, semangat yang tinggi. Macam mana nak dapat semangat jika masih duduk dalam persekitaran yang sama untuk dapat hasil berbeza.

Saya boleh katakan sesi RPM yang saya adakan juga adalah satu peluang untuk ‘test drive’ bagaimana ada boleh duduk bersama ramai anak murid saya yang dah capai tahap jutawan.

Anda pasti terkejut kerana mereka adalah orang yang sangat merendah diri dan sentiasa nak membantu kejayaan orang lain. Soalan saya, anda dah ada ke peserkitaran orang berjaya ni?

#3 Fokus Yang Betul Akan Bawa DUIT pada Bisnes

Perkataan fokus tu macam senang nak sebut dan baca, tapi tak senang untuk nak dilakukan. Banyak bisnes melingkup akibat tak fokus dan salah fokus.

Apa saya nak tunjuk dan ajar nanti macam mana nak fokus pada bisnes model yang betul yang akan menarik lebih banyak duit yang masuk.

Fokus pada 1 produk/servis, fokus pada 1 masalah/isu, fokus pada 1 solution kepada pelanggan. Ini rahsia JUTAWAN & Billionaire top dalam dunia lakukan dalam bisnes mereka.

Anda akan lebih faham bila ada peluang bersama saya nanti. 

#4 Paksa Diri Untuk Percaya Anda Akan Berjaya.

Ada satu prinsip yang selalu dilakukan orang berjaya iaitu

BE – DO – HAVE

Apa maksud tu?

Dia macam ni.. anda bayangkan apa yang impian yang anda nak capai… Rasa benda tu dah ada, dah capai. Buat setiap hari sehingga anda capai perkara tu.

Itu satu cara.. satu lagi banyakkan melihat, ambil tahu kisah dan result mereka yang dah capai kejayaan.

Ada satu kisah dulu di UK tahun 1952 , takder orang yang berjaya buat larian 1 batu atau 1.6km di bawah 4 minit.

Bertahun-tahun satu dunia pun takder yang berjaya sehingga semua orang kata memang perkara tu MUSTAHIL.

Sehingga Roger Banister yang berlatih selama 9 tahun berjaya memecahkan rekod dia berjaya buat 3 minit 59 saat. 8 bulan lepas tu jer lebih 4000 orang termasuk budak sekolah  berjaya pecahkan rekod bawah 4 minit.

Nampak! Bila kita lihat kisah kejayaan orang lain yang berjaya buat kita sendiri akan terpaksa percaya yang kita mampu lakukan.

Sebab itulah saya dah siapkan berpuluh dari beratus kisah kejayaan anak murid saya khas untuk anda dalam kelas nanti.

Kalau tak percaya sekarang pun takper, hadir dulu dalam kelas untuk lihat dan kita tengok apa yang anda boleh capai menjelang 2020 ni.

PENTING: Saya hantar mesej ni untuk beritahu sesi Roket Pemasaran Momentum Nak Tarik Pelanggan adalah peluang besar untuk luangkan masa 1 hari bersama saya…

Saya akan kongsikan modul bertaraf World Class & saya nak beritahu juga ia bukan untuk semua orang.

Jika anda dah bersedia secara radikal & ekstrem untuk Upgrade Hidup & Bisnes anda dan capai Lifestyle yang anda impikan, saya menyarankan untuk anda fikir dan ambil tindakan segera.

Dapatkan seat anda di sini –> www.NakTarikPelanggan.com

…. sebenarnya kos pelaburan ilmu yang saya berikan sangat rendah berbanding dengan ilmu yang bakal anda pelajari dan kuasai.

Saya berharap dapat berjumpa anda nanti dan meluangkan masa saya sehari khas untuk anda bulan Oktober dan November ni.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !